♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Wednesday, November 16, 2011

Nasi Goreng Seafood cara saya

Holla! Hope u guys sihat dan ceria sentiasa. Tak nak sedih-sedih, tak nak sakit-sakit tau alahai caring nya saya.

OK. Jangan buang masa. Such a short entry from me, cara-cara menyediakan Nasi Goreng Seafood paling ringkas, pantas dan malas. 

Bahan-bahannya : 
4 ekor sotong 
15 ekor udang yang diperap dengan sos tiram 
1 biji telur
10 biji cili padi 
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
sayur kobis bunga dan sawi
garam dan gula
sedikit minyak 
nasi 
kicap

Bawang goreng dan daun bawang (untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan :
Sediakan bahan-bahannya

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi (saya tambah sedikit belacan). Tumis hingga sedikit garing atau hingga naik bau kemudian masukkan sotong dan udang yang diperap dengan sos tiram, dan masukkan sayur kobis dan sawi.

Masukkan nasi dan gaul. Jangan lupa garam dan sedikit gula. Seterusnya tolak nasi ke tepi dan kosongkan bahagian tengah kuali. Pecahkan telur, dan gaul. Lepas tu masukkan kicap. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Siap untuk di makan!

Maaf gambar kali ini tak complete. Perut dah bergendang sebab Mak keluar shopping tanpa sempat menyediakan apa-apa makanan untuk si pemalas yang kuat tidur ini. Resepinya ringkas kan? Bolehlah cuba! =)

Sunday, November 6, 2011

A craving for seafood

Holla! How u guys doing?
Actually this is the topic I’ve been meaning to share (since this is the only space for me to share my experiences and personal thoughts on things).  I don't understand why people out there keep telling rumors about JB. Lack of public transportation, high crime rate, big belly police man, bla bla bla.. Come on guys. Not that bad. Compared to any other states in Malaysia, JB is actually quite WOW! Sebab apa? Sebab kami maju banyak berbanding negeri lain. Dan dengan terbinanya Iskandar Malaysia nanti, kami hampir setaraf dengan Kuala Lumpur tau! Di sini ada banyak tempat menarik, banyak night markets, cheap movie tickets, plenty number of shopping malls and last but not least yummy food! Cekidaut!

Saya gila seafood. OK apa-apa jenis food pun sebenarnya saya gila, dah diam. Hey, who would reject fresh food no? Tak ada kan? Maka kerana kegilaan saya terhadap makanan best, sebenarnya saya suka travel cari tempat makan baru. Owh indahnya dunia bila dapat buncitkan perut... I've been to Penang before this. Makanan dia, memang heaven! Dan paling best, murah. Ya. Murah. Maka sila lah ke Penang cepat-cepat. JB pun apa kurangnya. Baaaannnyyyaaakkk sangat tempat makan best dan happening di sini. Cuma untuk kawan-kawan yang duduk di UTM tu, kena bergerak jauh sikit. 

Dah habis iklan, kita teruskan ke topik sebenar-benarnya. Siapa yang dah duduk JB bertahun tu kalau tak sempat singgah tempat ni memang bolehlah terjun parit sekarang eh jangan, maksud saya silalah cepat-cepat cari dalam google map dan cepat-cepat drive pergi sana. Tak lah jauh sangat, kurang dari satu jam perjalanan. Location? Permas Jaya. Tempat dia betul-betul tepi laut and kalau datang waktu petang, u guys boleh tengok sunset. This time kami datang malam, lebih kurang pukul 9.

Maka, mempersembahkan, SENIBONG, the best ports to have good, quality and unbelievably cheap seafood ever!

Seafood heaven. Enjoy the view guys!

Ada banyak pilihan restoran sebenarnya, but the best among the best is Corner number 6. Sebab.. 

Haa.. Jalan-jalan Cari Makan pun pernah sampai sini.


Sebenar-benar-benarnya sebelum makan, kita perlu ke bahagian depan deretan restoran, di mana u  boleh select your ‘fresh catch' to have them stir, fry or grilled prepared just the way u want it to. Actually this is not really necessary, tapi dah alang-alang diberi pilihan, its better kalau u guys sendiri pilih the freshest of them all,kan? Kami berat punggung. Sampai-sampai terus duduk, cari waiter and let them doing the whole job.


Kenapa saya suka makan di sini? One, its satisfies my craving, Two, they fail to disappoint.

Siakap 3 Rasa dan Kangkung Belacan

Udang Butter, Sotong Goreng Tepung dan Tom yam Seafood

 Mamam mamam!

 Wajah kepuasan. Eh Mak, pandang sini la.

 Gambar wajib

Wajib

OK. Itu saja untuk kali ni. Kalau korang ada tempat-tempat makan menarik yang lain, kongsi la ya. Boleh saya si gemuk kuat makan cuba!

P/s : Terasa-rasa nak makan asam pedas daging Melaka. Pernah cuba sekali dulu, superb!


Thursday, November 3, 2011

Laugh more than anyone

Pejam celik pejam celik dah lebih 3 tahun saya di sini. Jatuh bangun saya bersaksikan langit dan rumput bumi UTM. It’s been a painful journey, these past few years. But slowly, I was crying less, smiling and laughing more.

 Alhamdulillah.. Cuma syukur yang mampu saya panjatkan atas anugerah Tuhan yang maha indah dan tidak terperi nikmatnya. Insyaallah, I’m going to finish my study soooonn. Macam tak percaya kan begitu cepat masa berlalu? (cubit pipi sendiri)

Sekadar berkongsi cerita seharian. Working title untuk PSM dah pun dibincangkan dengan Prof Amran. Syukur juga walaupun terpaksa ubah sikit dari idea asal, tapi masih dapat beberapa komen positif. Saya cuba lari dari kebiasaan sebenarnya. Urban planning system di Malaysia dah cukup tepu dengan protocol dan perkara formal yang BOSAN hinggakan selama ni saya tak tahu ke mana nak pergi. I’m not blaming the system. Mungkin jenis saya bukan seorang yang ‘begini’. Saya sukakan cabaran dan ruang di mana kreativiti dan idea saya dihargai. Saya pemberontak. I hate how it feels of being rejected. Tapi kelakar. Tatih-tatih sampai juga saya ke tahun akhir.

Saya rasa terkilan bila dengar ada beberapa kawan yang tak sanggup nak teruskan pengajian. Mulanya saya rasa mereka pengecut. Tapi bila fikir-fikir balik, tak ada orang siuman yang sanggup memperjudikan masa depan mereka macam tu je. There must be a big reason. Sebab saya pernah. Dan masih melaluinya. When u needs to make a decision yang sangat important in a short matter of time, your mind is telling u to go right while your heart is telling u to go left. Rasa macam our mind is being ripped into 2, our heart is being torn in half and we feel just so damn confused and irritated. I know rationally they should be listening to head instead of heart, but don’t ignore the fact! Mereka manusia biasa.

HONESTLY, saya rindu zaman persekolahan coz it gave me a sense of purpose. I like being back, but I forgot how much time and energy it takes to actively learn anything. Each day I am overwhelmed by the growing knowledge that the more I think I know at any given time, is marginal compared to what I strive to know as a good student, or even as a good civic-minded individual. This place should be messes with my confidence because it sort of points out all the things I don't know. It makes my heart race. Sure they call them classes because the point is to learn. I get that part. But the sheer volume of the facts that they are telling me I don't know can be even greater than I anticipated.

Perihal di sini terlalu banyak untuk dikisahkan. Terlalu panjang untuk di coret. Nasihat saya kepada semua junior (excited bila tahu ada junior ikuti blog ni. Hye junior!), buatlah yang terbaik. Pilih jalan yang baik sebab bila sekali kita buat silap, belum tentu kita ada peluang untuk patah balik. U guys kena constantly encourage yourself, buat benda-benda baik. Be happy and find positive people to hang out with. Elakkan la diri tu dari terbabit dengan perkara yang boleh jejaskan emosi. Paling penting, pilih kawan yang baik. Ada antara kamu yang hidup di rantauan, jauh dari keluarga so kawan penting untuk jadi supporter di saat susah senang.Yang boleh beritahu bila kita buat silap, yang dorong kita buat perkara-perkara baik (terima kasih Nadiah Hakimah). Cari kawan yang baik, dan jadi lah kawan yang baik.

Paling penting, di sini adalah tempat berkumpulnya macam-macam jenis manusia. Ada yang akan jatuhkan kita untuk kepentingan diri sendiri. Ada yang boleh jadi sejahat-jahat manusia untuk dapat lebih perhatian. Ada yang busuk hati sanggup bermusuh dengan semua orang. Tamak ilmu, tamak markah. Hati-hati dik, dan ikhlas lah selalu. Insyaallah kalau bukan di sini, ada rezeki kita di luar nanti. Dr Hairulnizam pernah pesan, kalau hati kita baik, kita akan end up dengan kesudahan yang baik. Itu yang saya pegang. Kita mungkin salah jalan, kita buat banyak perkara bodoh, tapi bila kita cepat sedar, kita boleh jadi lebih baik dari yang sebelum ini. Nasihat ni juga untuk kawan-kawan  yang masih keliru di luar sana. Tuhan masih buka ruang untuk kembali. So please, come back.

Kepada yang keep telling rumors and selalu bisik-bisik cakap perkara yang tak baik, terima kasih. U guys bagi saya banyak sebab untuk senyum. Saya yang lalui macam-macam. Saya yang pilih dengan siapa saya nak bersama, dengan siapa saya nak berkawan dan kenapa saya begini. Cuba lah belajar menerima kebahagiaan orang lain, jangan asyik nak pertikaikan itu dan ini. Saya senang, selesa dan bahagia dengan hidup saya sekarang. Alhamdulillah.


P/s : Oh. Di tengah-tengah kesibukan masih sempat khatam Bogel Menuju Tuhan. Saya suka. Sangat suka!

Entry lapuk : Aidilfitri 2011

Adui, dah lama janji nak share gambar raya tahun ni tapi masih tak tunaikan. OK lah, walaupun dah berlapuk berhabuk bercapuk, saya masih nak paksa korang tengok gambar raya saya. Tak kira!

Baju raya tahun ini. Wajib lah gambar syok sendiri dulu.

 Saya. Pipah.

 Yeng. Memey eh silap Ifi.

 Adik. Byna.

 Dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

 Tiga dara pungutan.

Malas caption.

Selamat Hari Raya Aidiladha. =p

Gila kan? Sampai dah habis Deepavali, dah melarat ke Aidiladha tapi masih nak paksa korang jamu mata dengan gambar raya. Saya teruskan lagi.


Rumah Wanie.

My girl.

Si gemuk sangat suka open house sebab dapat makan.

Sangat suka.

Wajib. Sempat lagi photo shoot semasa raya. Hehe.

Banyak lagi gambar tapi malas betul nak upload. OK. Sekian cerita raya saya.


Thursday, October 13, 2011

SPREAD HAPPINESS, BEAUTY AND LOVE

Holla love!

Since u was a little kid, people around u might say “Hey kid. Be BIG. Have a BIG dream and go get a BIG house, BIG car and a BIG life.” Day by day, year by year, we become BIG with a very BIG dream to have BIG things that we believe only BIG will completed life.

Well, more than making it BIG, how about make a different? Sebab tak semua benda yang BESAR tu menjamin kesempurnaan. Sometimes the small things could give a big effect. Macam contohnya kita ada rumah besar yang mewah, tapi sebenarnya kita sepi dan sunyi. Berbeza kalau kita cuma ada rumah kecil, tapi penuh dengan gelak ketawa ahli keluarga. Rasanya yang mana lebih bahagia?

I guess I have more lessons to learn and I understand that not everyone has the same fate and opportunities and of course not every people have it good in life. Some people were born rich, money everywhere and anywhere. But some people keep struggling to get a new better life and to become rich.  Nothing is fair in this world, dude (but this is from my own experiences, u don’t have to agree). Sometimes I feel jealous with my friends who can buy anything, everything they want. Tak perlu risau loan PTPTN tak masuk lagi. Tak perlu ikat perut sebab takut nak call Ayah beritahu duit dah habis. Anytime rasa stress, boleh hangout and do a shopping therapy. Money is not a problem at all. 

Money nowadays is everything. EVERYTHING. With money u can even buy a love (fake one, of course). Without money also u can lose a love.  But honestly, saya respect people yang boleh survive TANPA KEKAYAAN. Instead of looking for materials, they prefer to have things that money can’t buy. LOVE and HAPPINESS.

Speaking of which, a lot of us forget that Happiness is a choice. So choose to be happy coz everybody deserve it. Tolong lah sekarang bukan masa untuk duduk melayan perasaan dan jiwa kacau. Tuhan Cuma beri kita peluang sekali untuk hidup, so do the best. Cari banyak-banyak pengalaman dan sebarkan seberapa banyak kasih sayang untuk orang di sekeliling kita.

And remember, when you go out there in the real world, u would realize that people will eat u alive and u cannot do it on ur own. U must have a solid support system like family and friends whom u can run to when u are broken. Do not blame others for what u have become because at the end of the day, u have free will and a chance to claim ur own destiny.

 p/s : Go go go Dya! Do it to be a better person, a better woman who can face the world with her head up high and a Julia Roberts smile on her face! U totally deserve it. (0.~)

Monday, September 26, 2011

I'm back

Holl- aaaaaaaa.. Uhuk uhuk uhuk! Hoh. Habuk! Homaigod. Homaigod. Sawang sana sini! Apa kau buat ni Dya sampai busy sangat tak sempat jengah baby bloggy ni?? Hoh! 

Owww.. Mana nak mula ni? Take a deep breath kejap eh. Bismillah...

OK. Holla guys. Before u guys start tarik muka ketat-ketat meluat sebab si biskut penulis blog ni yang sepi sekian lama sampai sanggup mengabaikan tanggungjawab meng-update blog, saya ingin susun sepuluh jari tanpa memasukkan sekali jari kaki, kepada semua yang mengenali diri ini (ayat bajet duduk merantau jauh tak mampu beli tiket kapal terbang pergi balik untuk sambut raya dengan keluarga dan saudara mara tercinta), sekiranya sepanjang anda mengenali insan comel jendul berpipi tembam ini, ada terguris, tersinggung atau tersepak terajang yang tidak sepatutnya. Dan untuk semua kawan-kawan yang pada tahun ini tak dapat beraya bersama macam selalu, tak dapat ziarah rumah, tak dapat konvoi raya dari pagi sampai ke malam, tak sempat nak buat sesi salam menyalam laga-laga pipi, ampun maaf saya ucapkan. Terkilan sangat-sangat sebab tak dapat beraya dengan korang. Huuuwwaaaa!!

Sob sob. Sedih tak hilang lagi. Kejap. Tarik nafas dalam-dalam.
Raya tahun ini beri banyak pengertian pada saya. Banyak sangat. Aidilfitri kali ini, kami ke Kuala Lumpur untuk sambut raya dengan nenek sebelah Ayah. Honestly, raya di tempat sendiri lebih indah. Sepanjang di sana, saya terlalu rindu dengan datuk dan nenek di Johor. Tak tahu kenapa. Jiwa saya meronta untuk tatap wajah datuk yang memang sedia uzur.

Dari Dia kita datang, maka kepada Dia juga kita kembali. Syawal 2011 adalah penamat kisah datuk yang sejak saya sebesar telapak tangan, sampai saya dah besar gajah, dari bertatih-tatih, sampai dah boleh berlari, yang menjadi tempat bermanja semasa kecil, yang banyak menyimpan nostalgia zaman kanak-kanak saya. Datuk telah kembali ke Rahmatullah di saat insan lain bergembira di hari raya ke-dua. Aidilfitri terasa kosong tanpa sentuhan tangan tua datuk. Terkilan hati sebab tak sempat tatap wajah datuk buat kali terakhir. Tak sempat membisikkan betapa saya sayangkan datuk. Betapa datuk adalah antara lelaki paling istimewa dalam hati saya. Betapa saya akan rindukan datuk. 

Saya tatap nisan datuk yang kaku. Betapa sayu hati di saat saya usap tanah kubur datuk, sambil membisikkan sayang dan rindu yang takkan pernah mati. Sebenar-benarnya saya benci perpisahan. Saya sakit. Tapi Ayah cakap, dah sampai janji Dia. Setiap yang hidup pasti mati. Cuma doa yang boleh kami kirim, moga datuk aman di sana. Al-Fatihah untuk datuk...

Dan, raya sedikit hilang serinya. Namun tidak kami biar berlalu begitu saja. Masih ada perkara manis yang tuhan beri. Nanti saya akan kongsikan dengan kalian semua. Minggu ini dah mula sibuk dengan tugasan studio. Idea menulis langsung tak datang menjengah. Yang timbul cuma senyum simpul Prof Rahim yang terbawa-bawa sampai mimpi. 

Walau apapun, terima kasih kerana masih sudi menjengah ke blog saya. Love u.

P/s : Terima kasih Dr. Norsiah (pura-pura seperti Dr. Norsiah membaca tiap bait coretan dalam blog).

Thursday, August 11, 2011

Malaysia Tanah Air Bumi Bertuah

Ini bukan kisah politik. Bukan kisah dongeng beli cincin guna pos laju. Bukan kisah lucu anak penoreh belajar sampai PMR tapi ada hati nak bicara soal dunia(still I don’t see any mistakes of being anak penoreh bersijil PMR to talks about their own country). Ini kisah reality dari mata seorang pencinta keamanan. Seorang pencinta kebebasan. It’s a free country kan? Embrace it.
 
Looking back, I really don’t have any regrets going through a life as Malaysian. Even selalu merungut kena praktikal dua kali tapi university tak sediakan elaun. Selalu sumpah seranah bila naik KL jalan jammed macam ada pesta apekepebenda tah sampai udara yang kena kongsi beramai-ramai rasa macam tak cukup. Selalu sakit hati bila naik pengangkutan awam yang terpaksa diakui macam celaka, tapi percaya lah, there’s no better place than our Malaysia. Bersyukur sikit. Contoh. Negara lain bermati-matian berperang sebab nak dapat kemerdekaan. Ada yang mati kebuluran sebab tak cukup sumber makanan. Lagi teruk, sesama rakyat tak boleh hidup setempat sebab berbeza fahaman dan agama. Kita? Merungut bil api air cukai segala bagai naik melambung pun masih mampu mengadap ‘muka buku’ sehari suntuk. Kutuk kerajaan kuku besi pemimpin zalim kejam pun masih boleh belajar tinggi-tinggi dengan bantuan duit kerajaan. Dan sangat awesome u know, bila u boleh go out anytime with anyone and lepak-lepak kat mamak even at 3 am. Awesome!

And nothing reminds me of freedom more than bila dapat sambut macam-macam perayaan in a one country. Bila dapat naik satu kereta dengan kawan berbangsa Cina dan India, bergaduh pasal filem kat wayang. Bila pergi Danga Bay di hari minggu rasa macam kat Jakarta. Eh eh itu lain! Cubalah, go travel and try to live in another country. That’s when u’ll appreciate being Malaysian. Nak lebih feel nikmat hidup di Malaysia? Cuba lepak kat mamak sambil tengok bola ramai-ramai dan hirup teh tarik perlahan-lahan. Rasa dia? Halussssss......

Naahh.. Seronok tawu duduk di Malaysia! One of the great thing about being Malaysian is we are a melting pot of cultures. The variety of food, the accent, the languages, semua indah! Setuju? Pergi kiri, ada si comel putih melepak mata sepet. Pergi kanan, ada wanita cantik hidung mancung berkulit gelap dengan sari. Ada yang bertudung litup, masih boleh berbual mesra dengan gadis berseluar pendek berbaju ketat. Pergi jauh sikit boleh jumpa rakyat bangsa asing tak kira yang hitam, yang putih, yang mancung, yang kemek. All in one Malaysia (ceh dah macam slogan Hari Kebangsaan). Negara lain ada macam ni? Ada?? Tak dapat derr. 

Maka, marilah kita bersama tarik nafas dalam-dalam, pejam mata dan bayangkan Jehan Miskin. Eh bukan! Pejam mata dan syukuri nikmat hidup berbilang bangsa berbeza agama. Yang penting, yang wajib, always, always respect all races and religions. And please please please stop being judgmental about others. Please.

And yup! I am Malaysian - first and foremost.

P/s : It’s wonderful that Merdeka and Hari Raya fall on the same day this month. Hope u guys enjoy this double celebration ya! Love u!