♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Sunday, February 27, 2011

apa-apa saja

Apa-apa saja la ya. Saye sebenarnya malas betul nak layan benda-benda yang menyakitkan hati. Kawan, sahabat, teman, apa pun namanya, semua saye hargai. Saye sayang. Cuma kadang-kadang ada perkara yang memang di luar kemahuan dan kemampuan saye. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kadang-kadang ada perkara menyakitkan yang tak mampu saye luahkan. Kadang-kadang ada perkara yang saye terpaksa biarkan berlalu. Untuk apa saye teruskan jika ianya menyakitkan. 


Awak bebas berkata apa pun yang awak mahu. Saye cuma mahu diam dan bisu. Kerana saye tak mahu menyakiti sesiapa lagi. Kerana saye tak mahu awak terluka. Sayang dan penghargaan saye bukan untuk diluahkan dengan kata-kata. Sayang kepada sahabat-sahabat saye adalah untuk menjaga maruah dan harga diri mereka. Sayang kepada sahabat-sahabat saye adalah untuk jujur dan menutup keaiban mereka. Sayang kepada sahabat-sahabat saye adalah untuk membenarkan mereka pergi jika itu lebih membahagiakan mereka.

Saye penat dengan segala macam pengkhianatan dan penipuan. Segala macam keaiban yang terbuka jika ikatan persahabatan terlerai. Saye penat mendengar caci maki dan tohmahan. Dan saye penat menyaksikan lakonan pentas dunia yang tiada kesudahan. Awak putuskan begini. Maka demi menghormati awak sebagai seorang sahabat, saye cuma mampu diam dan menerima.

Awak, kerana sayang, kerana cinta, kerana kasih, kerana menghargai dan kerana menghormati, saye janji untuk tidak membalas apa jua kesakitan yang awak beri. Kerana harga sebuah persahabatan saye bukan untuk di canang kepada semua orang. Cukup sudah air mata dan kesakitan jiwa menanggung kesedihan. Benarkan saye hidup bahagia seperti mana saye merelakan awak mencari kebahagiaan awak. Awak cakap, jangan disebabkan perkara kecil, kita lupa kenangan   yang kita kongsi bersama. Dan awak juga pernah cakap, dalam sepuluh keburukan sahabat yang kita cuba dedahkan, sebenarnya ada 9 keburukan kita yang kita cuba sembunyikan. Saye ingat itu awak. Dan saye tetap saye. Seumur hidup saye tak pernah aniaya orang lain. Apa lagi dengan menabur dusta dan fitnah. Awak pernah puji saye penyabar. Biar sakit dan derita saye dianiaya sahabat sendiri, biar pedih dan luka saye dikhianati kekasih sendiri, saye masih mampu memaafkan dan memberi keampunan. Saye masih mampu mendoakan kebahagiaan orang yang menghancurkan hati saye. Ya awak, saye masih saye.

Awak selalu cakap, persahabatan adalah ikatan paling jujur kerana kita tidak perlu berpura-pura. Persahabatan adalah ikatan paling suci kerana ianya tidak akan terputus. Persahabatan adalah ikatan yang paling tulus kerana kita tidak perlu berdusta. Dan persahabatan adalah ikatan paling terhormat kerana ianya ditunjangi kasih sayang dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun awak mungkin lupa semua tu, tapi saye takkan lupa.

Awak, walau apa pun, terima kasih atas segala kenangan yang tercipta bersama. Terima kasih atas kesusahan dan kesenangan yang pernah kita lalui. Terima kasih selama ini sudi meminjam bahu untuk saye kongsi kesedihan. Terima kasih kerana sudi meminjam telinga untuk mendengar cerita sedih saye. Terima kasih kerana sudi berjalan bersama saye ketika tiada seorang pun kawan yang sudi beriringan dengan saye. Saye takkan lupa saat kita berdua beriringan dalam kesakitan. Saye takkan lupa genggaman tangan awak ketika kaki awak terasa sakit. Saye tak pernah malu walaupun berjalan bersama awak yang masih bertongkat. Saye tak pernah lupa saat kita bergaduh untuk perkara kecil dan kemudian kita baik semula. Dan saye takkan lupakan detik hitam di mana awak, kawan yang selama ni ada bersama saye, kawan yang paling dekat dengan hati saye, kawan yang paling memahami dan paling saye sayang, menuturkan kata-kata yang amat menyakitkan hati saye. Kawan yang selama ini sanggup mendengar semua cerita hidup saye, sanggup memekakkan telinga dari mendengar penjelasan saye. Sungguh hati saye hancur. 

Tapi tak apa. Tuhan itu maha adil. Maha mendengar dan maha mengetahui. Pasti ada balasan kebahagiaan di atas kesakitan yang saye alami. Pasti ada jawapan kepada semua persoalan saye selama ni. Dan awak pernah pesan, Tuhan tak akan bagi ujian yang kita tak mampu tanggung. Lagi kuat dugaan yang kita alami, lagi kuat diri kita sebenarnya. Awak kawan baik saye. Terima kasih kerana memberi semangat dan kepercayaan kepada saye. Awak kawan yang paling baik. Terima kasih, awak.

p/s : teringat kata-kata seorang kawan perempuan saye dulu, "Kita mungkin boleh lupa dan memaafkan perkara yang menyakitkan. Tapi tak mungkin kita lupa apa rasanya kesakitan tersebut. Parutnya akan kekal sampai kita mati." 

2 comments:

  1. cik dya sabar erk..ni dugaan buat kita..macam mana kita nak elak pun, klu dia nak datang dia datang jugak bab kate ko..mungkin aku x alami apa yang ko rasa..tapi aku mampu selami apa yang ko rasa..tq sudi kawan dgn aku dari dulu sampai sekarang, tq percaya kejujurun and kesetian aku terima ko jadi kawan terbaik aku..tq sanggup susah and senang ngan aku..aku x tahu apa akan jadi pada aku tanpa ko..aku sggup ilang ko tapi aku x sanggup ilang kepercayaan ko pada aku..bagi aku kepercayaan and keihlasan kejujuran tu ptg dalam sebuah hubungan x kisah lah hubangan kekasih or kawan..chewaaaahhh ayat x leh blarr...tapi tue kuar dari hati aku bukan reka2 tau..huhu
    jgn sedih2..aku ada tuk ko..walaupun ko sentiasa xde tuk aku(Sbb ko g dating) ..hahahaha..=P

    ReplyDelete
  2. g dating eh?hahahaha..bg la aq peluang rasa bahagia plak.asyik ko je.hihi.selama ni korang bercengkerama aq tengok je,skrg giliran korg plak.haha.

    ReplyDelete