♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Saturday, January 15, 2011

10 ayat yang saye tak dapat cakap (dan kenapa?)

  1. Ayah tanya “Ada duit tak?” Saye dengan muka suci (suci la sgt) akan mengangguk-angguk kepala dan cakap “urm, ada.” Padahal duit dalam poket cuma tinggal RM15. Padahal saye nak cakap “Tak ada. Dah habis. Nak duit, Ayah.” Lepas dah cakap, gigit bibir sendiri dan mula buat muka seposen mintak-mintak ayah sedar yang saye menipu. Bodoh kan? Lagi mawu tanya. Kenapa saye tipu? Tipu kan dosa (yek ena). Jawapannya kerana saye dilahirkan sebagai seorang yang sangat berdikari. Saye rasa muka tebal betul kalau mintak duit Ayah. Rasa macam tak sanggup nak bagitawu duit saye semuanya dah habis buat pegi joli. Sudahnya, terpaksa la balik makan kat rumah untuk jimat wang belanja. Nasib rumah dekat. Sambil-sambil tu bagi hint kat Ayah yang anaknya ini sedang sengkek. 2-3 hari lepas tu baru berani mintak. Eleh,mintak jugak. Terpaksa!
  2.  “Dya, nak minta tolong la.. Boleh tak bla..bla..bla..dan bla..” Haaa… Satu perkara paling sengal tentang saye ialah, saye seorang yang sangat susah untuk menolak permintaan kawan-kawan. Contohnya hari minggu saye janji untuk dating dengan ehem ehem. Tiba-tiba kawan minta tolong hantar or teman pergi mana-mana. Sebenarnya saye nak cakap “TAK BOLEH la. Aku ada hal lain yang lebih penting.” Tapi disebabkan perasaan belas kasihan dan konon-kononnya cuba untuk menyenangkan hati semua, ayat yang biasanya keluar, “OK kot. Nanti papehal aku inform.” Sudahnya, saye la yang terpaksa berkejar-kejar dengan masa untuk tidak menghampakan semua pihak (ceh bajet artis). Saye bukan tak ikhlas or mengungkit ye kawan-kawan. Jauh sekali mempertikaikan pertolongan terhadap kalian. Cuma saye harap lepas ini saye akan jadi lebih berani berkata TIDAK dan lebih focus dengan apa yang saye nak buat.
  3. “Saye tak suka awak. Dan saye tak nak awak kacau saye.” Uish, sadisnya nak sebut ayat macam ni. Selalunya keinginan untuk mengucapkan kata-kata macam ni meluap-luap bila ada manusia yang tak reti bahasa mengganggu ketenteraman hidup saye. Pantang on YM ke, Facebook ke mesti ada mamat ni. Kadang-kadang sampai saye naik marah. Kalau tak dilayan, kesian. Kalau dilayan, menjadi-jadi pulak die. Ajak jumpa la, minum-minum la. Kalau kenal di internet, galak mintak phone number la, alamat rumah la. Urgh, come on la. Sekarang bukan macam zaman nenek-nenek di mana si gadis malu-malu kucing dan mengharap jejaka memulakan langkah pertama. Perempuan zaman sekarang, kalau dah suka akan respond secepat mungkin. Paling-paling pun akan terima pelawaan untuk berkawan. So, lepas ni kalau  memang that girl tak berminat or langsung tak layan kamu, jangan mimpi la nak dapat pikat si dia. Sendiri mawu hengat.
  4. Yang ini lagi haru. Bila mana ada orang tak bertanggungjawab menyebarkan berita tak benar dan mereka-reka cerita. Berapi dada ni tahan marah. Rasa nak face to face dan sekeh kepala sorang-sorang. Tak pun bagi flying kick ala-ala ultraman nak tumbangkan raksasa. “Semua yang diperkatakan itu TIDAK BENAR!” Ini kot ayat yang saye nak cakap. Kalau boleh nak bagi satu dunia tahu. Nak buat sidang akhbar ala-ala Fasha Sandha. Tapi bila fikir-fikir, rasa macam bebal je nak layan benda-benda tahyul (diklasifikasikan sesedap rasa). Hati saye cakap, “come on la, diorang bodoh, takkan kau pun nak jadi bodoh.” Last-last saye duduk diam je (sambil menangis hentak-hentak kaki). Argue with those stupid, they’ll drag u to their level.
  5. Bila bayar harga makanan kat café yang terasa sangat tak sedap dan tak berbaloi pula harganya. Mulut ni gatal je nak cakap “Mak cik, kat belakang rumah saye ada kelas belajar memasak. Mak cik nak daftar cepat la, ada diskaun sekarang ni.” Tak pun “Mak cik, saye order nasi goreng je. Bukan sirloin steak. Mak cik salah kira ke?” Tapi, lagi sekali untuk membuktikan saye ni baik dan mempunyai ciri-ciri lengkap untuk dibuat menantu, saye cuma keluarkan duit dan cakap, “Terima kasih mak cik. Esok saye datang lagi.” Aduh, sopan santunnya, anak siapa la ni??
  6. Situasinya, di pejabat pentadbitan fakulti saye. Dengan penuh sopan saye masuk “Selamat pagi kak..” Tak dipedulikan. Dan saye menanti untuk dilayan. Relax, baru 5 minit. Kelihatan staff-staff sedang sibuk bergosip dan ada yang tekun mengadap PC. “Tak puas hati betul semalam Ana Raffali menang.” Saye diam. Bagi can mereka nak luahkan rasa hati. “Aku mati-mati ingat Faizal Tahir. Kalau Shahir pun OK jugak.” Curi-curi dengar perbualan orang merupakan satu tabiat yang kurang elok ye kawan-kawan. Lalu saye cuba mengalihkan focus pendengaran kepada bunyi-bunyi tapak kasut di luar pejabat. 10 minit berlalu lagi. “Si Black pun nyanyi  bagus. Boleh tak menang pulak.” Saye mula berkira-kira untuk mencelah. “Alah, ramai kot yang tak puas hati si Ana tu me-“ “Kak, saye nak buat pembetulan pendaftaran subjek.” Serentak empat pasang mata memandang saye. “Puan R (bukan nama sebenar) tak ada. Datang balik petang nanti.” Sumpah, kalau saye tak ingat saye ni seorang pelajar yang mencintai adab sopan dan tatasusila seorang Melayu, ayat ni kot yang keluar “Bodoh punya staff. Makan gaji buta. Kalau dari tadi kau bagitau tak la buang masa aku kat sini. Bayar yuran punya main mahal, service bukan main cantik lagi kau bagi. Ingat aku tak ada kerja lain ke nak tunggu lama-lama? Bodoh. Tak pergi sekolah punya orang!” Tapi, dengan penuh kesabaran di dada, saye melangkah keluar dan cakap, “Terima kasih kak.” Ada sesiapa nak jadikan saye calon isteri? Hahaha.
  7. Membeli belah bersama adik saye yang paling bongsu tu, Byna namanya, adalah salah satu aktiviti yang kurang bijak, lebih-lebih lagi di saat sedang pokai. Cara paling selamat, bawa dia masuk kedai buku, dengan niat mengalih perhatiannya terhadap barangan yang lain. Sambil-sambil tu saye boleh la membaca dan meninjau-ninjau novel terbaru yang ada di rak. “Kak, nak buku ni.” Eh budak ni, ada jugak barang yang die berkenan. Saye ambil dan belek. OK, buku cerita koleksi Barbie dalam versi Cinderella. Tengok harga. RM65.95. Mak oi! Lari budget den. Tengok muka si kecik tu, alahai..kesiannya. Bersinar-sinar mata die dok belek cover buku tu yang tak dapat dinafikan memang sangat menarik tertarik da bomb la! Siap ada free gift lagi. Tak sempat tarik nafas, lepas tu dia tunjuk pulak set alat tulis Disney yang serba pink. Dia cakap dah lama dia nak. Dalam hati berkira-kira untuk cakap “Byna, next time kite beli eh. Akak tak ada duit ni.” Tapi kesudahannya, saye beratur di kaunter untuk membayar dengan air mata yang hampir nak mengalir dan terasa diri bakal miskin sebentar lagi (kalau nasib baik dapat claim balik kat Mak).
  8. Yang ni sekadar perkongsian pengalaman ye kawan-kawan. Kata nak mengimbas memori lalu, tak lengkap la kalau tak terselit cerita ni. Ada la satu ayat yang saye nak cakap kat ex-boyfriend saye tapi sampai hari ni saye tak mampu nak cakap sebab..saye rasa saye tak nak cakap la! Lagi mawu tanye. Sebenarnya ayat ni saye nak cakap betul-betul di hari pertama kami jumpa kembali setelah berpisah (eceh ayat). Saye nampak muke die time tu sedang minum di café. Saye lalu sebelah meja die dan mata kami bertentangan (nostalgic la konon. Tak kuasa nyah). Saye buat muka selamba dan si dia buat muka ala-ala Lady Gaga terjerut tali korset. Konon-konon dia lah jejaka idaman Malaya yang terhandsome sehandsome Farid Kamil (puh lisss!!) Dan konon-konon saye nak bagitawu semua orang, look at me, I am cool. Sebenarnya, that time saye rasa nak pergi kat dia, senyum sekali dan terus kentut kat depan muka dia (niat yang sangat tak bermoral ya kawan-kawan) dan cakap “Kau boleh pergi mampus.” Eh, niat je tau, tak buat pun. Hahaha..
  9. “TAK NAK.” Oit, saye tak merokok. Jangan salah faham ye. Ayat ni saye nak sangat cakap bila lecturer tanya nak re-do layout atau tidak? “I think dat u can do better than this. I expected u to make a good design. Willing to re-do? So that I can upgrade ur marks.” Penat woo buat layout. Lagi-lagi pakai AutoCAD. Dengan kelembapan lappy yang amat menyakitkan jiwa, sememangnya rabak mata saye mengerjakan design. Tapi ni cerita awal-awal tahun dulu la. Sebelum otak bertambah semak dengan Sketchup dan kerja berkumpulan. Yang bestnya, hempas pulas buat kerja individual sangat berbaloi kerana saye dapat A! Nak tonggang terbalik pun xpe,buat last minute pun suka hati, idea sendiri tak ada orang bangkang, sebab tanggungjawab cuma untuk diri sendiri. Tak perlu beri komitmen pada orang lain. Walau apa pun, mungkin ni sikap buruk yang perlu saye kikis. Saye perlu belajar bekerja dalam satu kumpulan dan menerima cara kerja orang lain. Paling penting saye perlu lebih komited terhadap rakan sepasukan (azam tahun baru kot. Haha). 
  10. “Saye cinta awak.” Ayat ni amat la susah saye nak sebut dan saye takkan sebut sewenang-wenangnya. Bagi saye cinta tu teramat la suci, murni, tulus, pulus, dan takkan dapat diungkap dengan kata-kata semata-mata (betul kot ayat macam ni). Kalau sekali saye dah sebut, anggap la si dia tu bakal suami saye yang saye sedia pertaruhkan hidup dan masa depan di tangannya. So, kepada sesiapa yang berkenaan, berbahagialah jika saye sebut ayat ni kat depan muke awak (siap ada pesanan penaja)
So, kepada kalian semua. Waspadalah dengan setiap kata-kata yang bakal kita tuturkan. Sebelum bercakap, fikirkan apa kesannya kepada orang lain dan make sure, kata-kata anda tak menunjukkan kebodohan diri anda. Sekian untuk kali ini. Love ya!

1 comment: