♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Sunday, March 27, 2011

Chocolate love

May I express my feelings and thoughts? May I?

(Intro mengada coz nak bagitawu semua orang "Hey, this is MY BLOG!")

Life is life. No matter how hard it is, how easy it is, we have to live till the end of the time. Tuhan itu adil. Memberi ujian yang setimpal dengan kekuatan hambanya. Itu yang saye percaya. Teringat kata-kata Dr. Hairul, biar orang nampak kita macam jahat, tapi bila hati kita baik, berkat hidup kita. Ada balasan yg Allah janjikan. Kalau kita nampak macam baik, tapi hati kita busuk, kita takkan ke mana. (saye seorang pendengar nasihat yg baik. =p)



“More people would learn from their mistakes if they weren't so busy denying them." - Harold J. Smith

“The voice of our original self is often muffled, overwhelmed, even strangled, by the voices of other people's expectations. The tongue of the original self is the language of the heart.” – Julie Cameron

Well, life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. Pada saye pulak, there’s always a first step to everything. And I already take mine. Forget the past and live a better life (instead of being busy body about others). But that doesn’t mean I forget everything that happened for the last 2 years. Its mutual. We have to preserve it together. If not it wont lasts. But, if u feel its not important to preserve, than let it fades. FADES.

OK. Should start with I’m sorry!(Baru nak start sebenarnya =p) Hari itu hati senang. Pagi-pagi lagi dah terima SMS dari si buah hati. Senyum. Peluk cium Byna yang tak ke sekolah sebab demam. Sementara bersiap untuk jumpa Dr. Hairul(mengada nak cerita konon rajin join discussion), saye sempat bersembang dgn Mak n Ayah. Si Angah call, bagitawu dia dah bank in duit. Hooorrraaayyy!!!

Habis saja group discussion dgn Dr. Hairul, ajak Syuk ke Perling, cari candy oil-base colour untuk buat chocolate. Actually semalamnya lepas saye teman Mak keluar ke Jusco berbelanja, saye heret Redza pulak ke Perling. Kami berdua excited sangat berfantasikan chocolate sampai tersalah beli pewarna. Bukan saye je yg terkinja-kinja dalam kedai semalam, Redza si sepet tu pun sampai bulat mata tengok segala macam barang dalam kedai tu. Balik kena marah dengan Mak, terpaksa pergi lagi sekali untuk tukar pewarna. =.="

Maka agenda petang saye dan Mak, nak buat chocolate. Tapi masa saye sampai, Mak dah terlepas keluar dengan Auntie Cina sebelah rumah, pergi buat reflexology katanya. Terpaksa la saye melangut tunggu mereka berdua. Nak layan Byna, budak tu asyik melepek dalam selimut. Amir pun tak ada. Tinggallah saye menghadap lappy, menulis dan menulis.

Lucunya hari ni bila saye dapat peluang borak dengan best friend saye tu. Punyalah lama tak dapat berborak dengan Syuk. Last time jumpa kejap je, tu pun pasal si Syuk tolong ambil saye di rumah, kami ke kelas sama-sama. So hari ni banyak la cerita yg keluar. Saye asyik membebel je dalam kereta, sampai terlepas simpang masuk ke Perling, terpaksa patah balik. Haha. Pot pet pot pet tak berhenti. Syuk pun penat mendengar agaknya. Nasib la kan dapat kawan becok. =p

Sebelum balik kami sempat lunch dekat alumni. Sambung borak lagi. Pot pet pot pet lagi. Balik rumah saye rasa mulut saye lenguh, terlampau banyak gelak dan membebel. 

Bla..bla..bla.. 
*Even if u, my dear readers, have no freaking idea on what I’m muttering about, it's fine. U'll see in time. 

OK. Guess I should stop membebel. Apa cerita dengan chocolate saye?

Tadaaaa!!!

Flower in the box

 I LOVE YOU

OK la kan untuk budak baru belajar

Ini sahaja untuk dikongsi hari ni. Next time i will upload more pictures on my new kegilaan kepada CHOCOLATE!

p/s : You can tell more about a person by what he says about others than you can by what others say about him.


Thursday, March 24, 2011

Entry yang dilupakan

(22nd February 2011)
What a busy day! Sejak dari semalam ke hulu ke hilir menapak ke PSZ dan mengelek buku-bukuan (failed BM. Haha..) There's a lot of assignment to do and now I'm on a progress finishing the Cik Dak's one. Makanya hari ini saye bertapa di studio, konon nak focus siapkan kerja. OK la kot dah 70% siap. I hate rushing things, sebab ia akan menjadikan kerja saye sangat TIDAK BERKUALITI. OK. Habis saja kelas petang tadi, saye memandu sendiri. Bosan kot! Alan pulak ke KL, entah apa yang dia buat kat sana? Dalam hati menyesal tak ajak Fariha lepak-lepak layan ABC kat Green Jade. Perut rasa lapar lepas tengok sorang mak cik jinjit plastic bag McD. Call Mak, tanya masak apa. Mak cakap, "Mak tak masak. Tak ada orang kat rumah hari ni. Mak masak untuk Mak je tadi."

Uhhh... Call Redza pulak, dia cakap dia ada kerja belum settle. Lagi pun still dalam office hour kan. So tak ada pilihan lain, saye pun mula mencari sasaran untuk mengisi perut bersendirian. Pilihan saye petang ini, a set of KFC Pocketful. Simple dan syedap!

Di sebalik timbunan buku-buku. (mengada konon nak tunjuk diri rajin.)

My FAVORITE!

Cheezy Wedges. Yummy!

Love the corn!! Want some bite?

Sekarang pun masih berada di depan lappy. Bersantai-santai. Malas nak stress sangat siapkan assignment. Hehe. Owh, petang tadi masa saye sedang lepak tepi taman sambil menikmati KFC, ternampak la pulak satu kejadian yang tidak diingini. Ada la dua ekor budak ni (ada sebab untuk perkataan 'dua ekor' itu) naik motosikal. Kat tepi jalan pulak ada seekor anjing tua yang duduk diam sedari tadi dan tidak langsung mengganggu sesiapa. Datang dua ekor budak ni, yang sorang julur kaki duk sepak anjing tu. Yang bonceng kat belakang dengan bodohnya membaling tin minuman kat anjing yang terang-terang tak berdosa tu. Dah lumrah makhluk bernyawa, mesti la buat tindak balas kalau ketenangan diganggu. Anjing tu pun balas la balik perlakuan budak dua ekor tu tadi (Bukan la dia baling tin tu balik. Sangat tidak realistik ye). Anjing tu bangun dan mula kejar dua ekor si tolol tu. Apa punya malang budak berdua tu hilang kawalan lalu terjatuh. PADAN MUKA! Yang kesiannya, diorang bangun balik dan kejar anjing tersebut dengan kayu. Sempat la anjing tu kena bedal se das dua. Saye memang tak boleh sabar, start enjin dan pergi kat budak berdua tu. Saye hon diorang kuat-kuat. Tak la membantu sangat, tapi sempat la untuk anjing tu melarikan diri dari terus dibelasah dua ekor makhluk tak berhati perut tu.(saye tak pandai bercerita, apa lagi buat cerita. Hehe)

Nak tawu apa jadi? Budak berdua tu badi saye semacam. Tak puas hati ape? Berani la nak bedal saye pulak. Memang kena langgar je nanti! Apa punya bengap manusia zaman sekarang? Apa pun binatang, tak kira ianya halal atau haram dalam Islam, apa hak kita untuk menzalimi sesama makhluk? Islam agama yang sangat mudah dan sangat jelas. Binatang tu tak kacau korang pun. Dia pun dah terlalu tua dan menanti waktu untuk mati. Yang duk sibuk-sibuk nak naya binatang tu kenapa? Banyak lagi kot benda lain lebih berfaedah untuk di buat. Makanya kat sini, jadi manusia cuba jangan busuk hati perut. Orang tak kacau kita, buat apa kita nak kacau orang? Orang tak ganggu ketenteraman hidup kita, buat apa nak ganggu orang lain? Sama kes macam si anjing tadi. Punya la tolol manusia yg Tuhan bagi kepala hotak untuk fikir dan bertindak, tapi tak digunakan dengan baik. 

Kita fikir kita sempurna, maka semua di sekeliling kita ni hina? Kita fikir diri kita baik, maka semua orang di sekeliling kita jahat? Kita fikir diri kita betul, maka semua orang di sekeliling kita salah? Macam tu ke?

"Fikir sebelum fikir."

Ye. Tabiat makan yang melampau membuatkan muka semakin membulat. Redza mesti tengah tersengih-sengih kalau baca ni. Nyampah!!




Monday, March 21, 2011

Better things to watch


Sumpah lawak budak ni. Hihi..

*people might force you to join them, but let them know they can't change your stand.(0.~)

Thursday, March 17, 2011

-



k.o.s.o.n.g









Tuesday, March 15, 2011

♥ Si Kecil Saye ♥

Kini berusia Satu Tahun. May God bless u Honey!

♥ Mia self ♥


"All my life I had been looking for something, and everywhere I turned someone tried to tell me what it was.  I accepted their answers too, though they were often in contradiction and even self-contradictory.  I was naive.  I was looking for myself and asking everyone except myself questions which I, and only I, could answer.  It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with:  that I am nobody but myself."

Hikayat Merong Mahawangsa


Finally! Thumbs up to KRU. Boleh dikatakan sepanjang hampir 2 jam cerita ditayangkan, mata saye tak lepas pandang dari screen, apa lagi berbual dengan orang sebelah. Silap besar la siapa yg cakap membosankan tu. Mungkin ada yg perlu diperbaiki, especially jalan cerita perlu diperkukuhkan lagi, but I think this could be a very first step to KRU untuk buat movie yg lebih DASYAT. Walaupun jejaka pujaan saye si Yusry cuma jadi pengarah je, tapi overall lakonan Stephen Rahman Hughes selayaknya mendapat pujian.  Owh, jatuh cinta dengan si Merong dan Prince Marcus. Dan tak lupa hero sepanjang zaman saye, Jehan Miskin (walaupun cuma muncul untuk watak tambahan). Jehan sentiasa kacak dan gagah OK! (o.~) Babak pertarungan saye tak berapa nak teliti sangat coz saye asyik pejam-pejam mata bila ada aksi pedang melibas ke badan. Ngeri. Well, great effort from the pengarah n production team. Congratz! =)

Sunday, March 13, 2011

KELEBIHAN BELAJAR DI TEMPAT SENDIRI


Ingat lagi masa dapat result STPM, saye dan Nobi rancang nak belajar di tempat yg sama, konon tak mahu berpisah. Pilihan utama kami Pengajian Bahasa Perancis dan Jerman di UPM. Walaupun saye di dalam kelas Perniagaan dan Ekonomi semasa Tingkatan 6, namun saye memang minat pengajian bahasa. Guru kaunseling kami waktu itu menyarankan saye mengambil Jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah di UTM, memandangkan katanya saye sesuai dengan jurusan ini. Saye mengikut saja, lagipun ini merupakan pilihan ke-6, saja-saja letak. Entah macamana bila keluar keputusan dari IPTA, saye boleh dapat Jurusan Perancang Bandar dan Wilayah ni dan Nobi ke UPM. Sedih la jugak mula-mula, sebab saye berangan nak belajar jauh sikit, merasa duduk tempat orang. Kalau nak tawu UTM dengan rumah saye sangat la dekat. Nak jalan kaki pun boleh(tapi berpeluh la ketiak). Mak laung nama saye dari rumah pun saye boleh dengar kot? Hahaha.
Tapi tu dulu la. Mungkin dah memang rezeki saye di sini. Setelah hampir 3 tahun menimba ilmu di UTM ni, saye rasa saye adalah antara orang yg bertuah. Nak tawu kenapa?

1.  Tak perlu berebut beli tiket balik kampong.
Di saat kawan-kawan lain rebut-rebut beli tiket balik kampong semasa cuti semester atau semasa perayaan, saye boleh senyum-senyum sendiri sambil goyang kaki. Esok cuti, esok pun saye boleh balik rumah. Tak perlu keluar duit beli tiket bas atau kapal terbang. Paling-paling pun saye tolong hantar kawan-kawan ke airport atau stesyen bas. Dapat la jugak kongsi perasaan teruja mereka nak balik kampong. Bila dah nak habis cuti, banyak la panggilan telefon saye dapat, tanya bila saye balik UTM, takut-takut mereka yg terawal balik boleh saye teman mereka berjalan-jalan.


2.       Boleh balik rumah bila-bila masa kalau merajuk dengan kawan.
Selalunya kalau sakit hati dengan perangai kawan-kawan or terasa hati dengan mereka, saye pun apalagi terus drive kereta balik rumah. Mengadu dengan Mak dan menangis kat riba Mak. Bila hati dah sejuk baru balik. Kalau ada masalah pun, tak perlu la menjeruk rasa duduk kat UTM tu, banyak tempat saye boleh tuju. Tak perlu takut sebab ini tempat saye, bukan tempat orang. Kawan-kawan lain pun ramai boleh hibur hati saye. Keluar kelas, dah ada kawan tunggu, boleh pergi merambu. Untung tau belajar dekat!

3.       Bila sakit Ayah dan Mak terus datang ambil.
Ya saye mengaku saye manja. Orang kalau tak kenal saye akan nampak saye seorang yg tegas dan hati kering, tapi sebenarnya saye sangat la lembik dan manja. Pantang sakit sikit, mula la merengek nak balik rumah. Selalu kalau saye demam Mak terus gesa Ayah ambik saye, padahal esok-esok pun boleh balik rumah. Nak pergi Pusat Kesihatan UTM pun Ayah tolong bawak. Betapa mengadanya? Nak buat macamana, dah saye memang macam ni. Kalau sakit, saye akan dilayan macam puteri kat rumah tu. Sebab tu la saye seboleh-bolehnya nak berada di sisi keluarga bila saye sakit atau susah hati. My family is my everything.

4.       Tak perlu pening kepala sewa stor simpan barang semasa cuti semester.
Ni lagi satu kelebihan. Saye tak perlu sibuk-sibuk isi borang sewa bilik atau stor semasa cuti. Semua barang boleh angkut terus balik rumah. Penuh-penuh kereta saye berangkut. Selalunya dari tahun pertama lagi rumah saye jadi mangsa tempat penyimpanan barang bagi kawan yg tak dapat sewa stor semasa cuti. Ada je barang yg nak ditumpang di rumah. Tak kisah la, lagipun nanti saye boleh mintak tolong kirim beli barang dari kampong macam belacan ke, ikan bilis ke, kek lapis Sarawak ke. Hahaha. Cuma ada antara mereka yg saye tak dapat nak tolong sebab rumah bukan besar sangat. Barang saye pun dah penuh satu bilik, sampai tak tau nak sumbat mana. Maaf ya.

5.       Tak perlu ikat perut makan Maggi.
Di saat kawan-kawan lain kesempitan duit dan terpaksa makan bercatu(adat hidup di perantauan), saye senang-senang boleh mintak Mak hantar makanan ke hostel. Boleh mintak masak itu ini. Nak makan ketam pun boleh! Laksa Johor pun boleh! Siap jamu kawan-kawan semua. Ada masanya Mak rajin, tak payah mintak pun Mak dah muncul depan pintu bilik bawak macam-macam makanan. Stok biskut pun banyak. Jimat belanja. Jadi saye tak boleh disalahkan kalau saye cerewet dan memilih makanan. Saye memang tak biasa makan bercatu dan tak biasa hidup di rantau macam orang lain. Tak tawu la macamana kalau saye terpaksa masuk hutan kan? Di Taman Negara tempoh hari pun saye asyik curi-curi menyeberang sungai cari restoran makanan panas. Tapi saye tak la cerewet sampai tak boleh makan di warung atau kedai makan murah. Saye bukan anak Tan Sri nak menggedik makan hotel hari-hari. Singgah restoran mewah pun kalau ada function or ikut kawan makan. Biasanya saye selamba je hirup cendol atau makan mi mamak tepi jalan. Tapi yang penting rasanya sedap dan boleh diterima tekak la. Takkan nak main belasah je. Nanti orang cakap ‘larung’! 

Apa-apa pun, bersyukur la dengan apa yg kita dapat. Mungkin bagi mereka yg lain, pengalaman dan pelajaran semasa merantau di tempat orang adalah sesuatu yg sangat berharga. Orang kata jauh perjalanan, luas pengalaman, ye tak? Tapi nasihat saye, duduk tempat orang, pandai-pandai la sesuaikan diri dan jaga kelakuan. Dan yg penting, kalau duduk tempat orang, tapi tak tawu nak bersosial dan berkawan, baik tak payah. Baik duduk je tempat sendiri. Jangan pula jadi macam sesetengah manusia tu yg merantau tempat orang, mulut tak tawu jaga. Ada je benda yg tak elok la, tak best la, tak sama dengan tempat sendiri. Siap kutuk-kutuk lagi. Hello, lain padang lain belalang tau. Setiap negeri, negara, benua, ada keistimewaan tersendiri, bergantung kepada kebijaksanaan dan kefahaman kita untuk menilainya. Jangan la nak berlagak tak kena tempat, nanti mana-mana kita pergi, semua orang benci. Tak nak kan? PEACE!

blessing weekend

Holla! OK. Semalam tiada aktiviti. My family pergi kenduri kahwin, tinggal saye, Angah n Adik di rumah. Redza pula ikut Farith photoshoot di Taman Anggerik. Nak hangout dengan other girlfriends malas la pulak. So, saye buat aktiviti yg lebih berfaedah di rumah. Jeng3... (o.~)

Ayam Masak Merah, Kentang Sweet Sour bersama Nasi Arab

Hehehe.. Mak cakap saye dah besar, dah nak kena kahwin, mesti pandai masak.(eeuuuwww??) Tapi sejujur-jujurnya(jujur tau), saye memang suka masak. Kalau kat rumah, bosan-bosan, mula la saye cuba resipi baru. Selalunya saye masak yang simple je. My family paling suka Chicken Chop saye. Best. Siap ada Mash Potato lagi. Last time saye berjaya masak Ayam Goreng Berlada dan Kari Ayam. Angah puji sedap. Kali ni saye cuba masak Ayam Masak Merah pulak. 

Bahan-bahannya:

Bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan lengkuas.

Cili kering yang siap di rebus. Pastikan biji ladanya dibuang ya. Tak bagus untuk perut anda.

Ayam mentah bahagian kepak dan dada. 

Ada something yg u guys perlu tawu tentang saye dan ayam. Saye cuma makan ayam bahagian dada dan kepak sahaja. Means, bahagian yg paling tiada lemak. Even ayam tu di potong-potong pun saye tawu ia bahagian mana. Kalo kat McD pun saye akan order dada dan kepak sahaja. Semua yg kenal saye patut tawu dan hormat pantang larang saye ni ye(mengada nak demand). Lantak la nak cakap saye cerewet ke, gedik ke, princess wannabe ke, tapi tekak saye memang tak boleh terima lemak ayam. Paling saye anti, paha ayam! Yaiikkkksss!!!

Goreng ayam tadi sehingga garing(sebab saye suka garing! Haha.)

Sementara goreng ayam tu boleh la kita kisar bawang dan serai segala bagai tadi. Petua dari Mak, kalau nak bahan kita ni cepat masak dan tak merecik bila di tumis, kita gantikan air dengan minyak. Jadi nanti tak perlu masukkan minyak lagi semasa menumis. Yang penting, tak ada la ia merecik-recik dalam kuali nanti! =)

Ayam dah siap di goreng. Yummyy!!!

OK. Sekarang tumis bahan-bahan yg siap di kisar tadi sehingga sedikit garing. Masa ni boleh la masukkan garam, gula sos tomato sikit dan serbuk perasa wajib- ajinomoto. Setelah garing, campurkan ayam tadi ke dalam kuali dan di gaul sehingga sebati(nak jugak ayat ala-ala Chef Wan). 

Ayam yg telah siap digaul.

Yummmmyyyy!!!!

Ha, tak la susah sangat kan?? (menu simple memang la cakap tak susah. =p) So, sekarang kita terus ke menu seterusnya. 

Bawang merah, bawang putih dan cili kecil untuk di tumis. Nak lagi pedas, tambah cili lagi ya

Lumurkan kentang yang siap dipotong dengan serbuk kunyit

Goreng sehingga berwarna kekuningan

Tadaaaa!!

Tumis bawang dan segala bagai tadi ya. Tumis sehingga naik baunya

Tuangkan sos tiram

Dan sedikit sos cili. Bagi yg suka masam, boleh gunakan sos tomato

Siap! Mudah kan? Kan?

Lauk tadi siap di hidang untuk di makan bersama Nasi Arab (saye tak masak nasi, saye tukang kukus saje)

Nak lagi sedap, sertakan hidangan tadi bersama segelas Vanilla Coke

Dan pencuci mulut kita, strawberry yogurt ice cream with biscuit stick. Yang ni disediakan oleh Adik. 

Memang SUPERB lunch kami bertiga petang itu, sambil makan sambil menonton Prince of Persia. 
~big grinnnnn~


P/S : Special for the birthday girl I love,

For every moment that we spent together,
For the words, love, care and sincerity,
I wish u all the best.
May life always treat u kind,
May the sun shine, all day long,

everything go right, and nothing wrong.
May those u love bring love back to u,
and may all the wishes u wish come true.

Friday, March 11, 2011

My Personal Photographer

click pada gambar untuk besarkan imej. =)

Thursday, March 10, 2011

Jangan Baca!

Hari ini hari demam. Dari pagi berselubung atas katil dan menggigil. Celik biji mata saye bangun, gosok gigi dan minum 100plus secawan. Mak tanya "Tak pegi studio ke?". Saye jawab ringkas "Tak. Demam." 

Beberapa hari ni memang tak sihat dan tak ada semangat langsung nak pergi kelas dan studio. Tapi still buat jugak la kerja dan siapkan assignment. Tanggungjawab terhadap ahli kumpulan memang tak boleh diabaikan. Lagipun saye suka studio sem ni. Langsung tak beri tekanan. Ketua kami pun sempoi dan teratur. Bagi kerja, siapkan, hantar, dia tak banyak bunyi. Sangat suka!!

Masa meeting hari tu otak melayang-layang tak dapat focus. Farihah pun risau tengok saye. Dia tawu saye tengah marah sungguh. Entah apa yang saye fikir, saye pun tak tawu. Rasa nak marah, geram, sakit hati, nak bagi penumbuk pun ada. Jenis saye, bila saye marah dengan seseorang, saye memang tak boleh duduk dekat atau sebumbung dengan orang tu. Sebab saye susah nak kawal kesabaran saye nanti. Dulu pernah saye bertumbuk dengan orang yang badannya dua kali lagi besar dari saye. Balik dari sekolah muka lebam-lebam. Teruk betul! =.=" Saye memang jenis tak takut orang sejak dari kecik lagi. Sakit tak sakit belakang kira, janji hati puas. Maka saye tak suka la sikap saye yang dulu tu terbawak-bawak sampai sekarang. Saye banyak belajar erti kesabaran dan tolak ansur. Cuma saye harap orang-orang tu tidak la mencabar saye lagi. Takut saye terbuat perkara yang saye tak nak buat. Saye tak kacau orang, orang jangan kacau saye. Jangan ingat dia lelaki, saye takut. Mulut tu dari dulu mintak cili kot? Saye rasa la, satu hari nanti dia ni bakal mati tepi longkang sebab kena belasah. Orang cakap kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Minta dijauhkan...

Sambung cerita tadi. Dengan langkah longlai saye keluar ambil angin. Si Jimah call, ajak lepak. Sudahnya kami menghabiskan masa berborak dan bercerita macam-macam perkara. Orang kata kalau kita tertekan jangan simpan sendiri. Cari kawan untuk luahkan. Memang la saye jenis yang susah nak mengadu, bercerita dan percayakan orang. Selalu pun saye mengadu dengan orang tertentu je. Dan mangsa favorite saye, Redza. Tak pun Hizami. Tapi at least malam tu bila dengar si Jimah tu berceloteh dan buat lawak, hilang jugak stress. 

Hati saye juga risaukan seorang kawan baik saye ni. Entah apa jadi pada dia sekarang?? Saye ada mengadu pada Syuk suruh dia tolong nasihat. Susah hati betul saye. Selalu time nak ke kelas dan ke studio saye call kejut dia bangun. Kadang-kadang saye lambat dia yang call dan tanya saye kat mana. Tapi sekarang ni dia menghilang tanpa berita. Sumpah risau. Kau kenapa Alan??? Kau buat kitorang risau kau tawu tak??!! Harap-harap tak ada apa-apa la yang jadi pada dia. Alan betul-betul macam abang saye.(walaupun perangai macam budak kecik kadang-kadang!) Rindu betul nak makan dan lepak sama. Orang mungkin ada yang tak suka pada perangai dia, tapi bagi saye Alan seorang kawan yang baik dan jujur. Dia banyak ajar saye jadi positif, kuat semangat dan jangan sangka buruk dengan orang. Teringat bila dia sanggup tertidur dalam kereta sebab teman saye photoshoot sampai malam. Dia jugak orang yang teman saye menangis sambil pikul buku-buku dan beg saye kat tepi jalan. Dan juga tolong pikul beg saye yang maha berat masa kat Taman Negara. Warrgghhh!! Rindu kau Lan!! 

Esok Nenek nak datang dari KL. Excited ni kami sekeluarga! Yeng pun sampai petang ni. Banyak perkara saye nak cerita dengan Yeng. Tak sabar menanti..

Another thing is, I can't wait for Hikayat Merong Mahawangsa!

P/s : Orang Utara kata "Biaq pi la. Malas nak ambik pot!"


riadah keluarga

Do u see me smiling? Yes? Good. Coz someone doesn't.

Biasanya petang-petang memang saye tak tawu nak buat apa. Kalau tak ikut Farith n Redza photoshoot, saye duduk rumah je la layan Amer yg bertambah-tambah lasak. Nak berborak dengan Mak pun dah tak boleh sebab Mak dah ada hobi baru. Kalu tak membaca novel, Mak layan drama bersiri Korea kat lappy. Menyampah!

Tapi hari tu, kami sekeluarga (kecuali Ayah n Yeng) pergi berkelah la kononnya. Padahal petang tu hujan n dah lewat petang sgt. Tapi disebabkan kesian tengok muka Byna dah terkemik-kemik nak menangis, kami layankan juga. Saye buat sandwich hotdog siap mustard, Angah goreng french fries n chicken nuggets, beli sikit jajan, dua botol air dan paling penting, HELLO PANDA!

Ini la budak gedik bernama Byna
Kebuluran si Agib ni.
Byna bermanja dengan Abg Eda die.
Terlalu cerah di situ. Nak tawu kenapa?
Nah! Lighting boy sengal!
Memang sengal! Haha
=)
This picture was taken by Byna. =)
Haha.
Kenapakah?
Muka Angah memang tak dapat dimaafkan di situ.
OK. Jangan tanya kenapa Angah terlalu putih ye. Pertama, die memang ikut betul-betul baka Cina arwah atuk. Kedua, antara kami semua die sorang je yg dah kerja n duduk tempat aircond sentiasa. Ketiga, she's beauty conscious!  
Ready nak melompat.
Owh, saye tak dapat lompat tinggi!
Yearrgghhh!!!
Ngeeee..
Maaf Yeng. Lain kali boleh sertai kami ya.
Iqbal bersama si tepung gomak. =p
Maaf. Gambar kabur.
Kenapa Mak suka sgt tu?
Angah jakun dapat kamera. Haha.
Budak mengada nak berdukung.
Mawu balik. Hari dah senja!

Lain kali kami rancang nak berkelah di pantai. Tapi susah nak kumpul semua sebab masing-masing ada aktiviti tersendiri. Harap next time Ayah n Yeng dapat join sebab rasa tak lengkap tanpa mereka berdua.

My family is a haven in a heartless world. And thank God for a house full of people I love.