♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Sunday, March 13, 2011

KELEBIHAN BELAJAR DI TEMPAT SENDIRI


Ingat lagi masa dapat result STPM, saye dan Nobi rancang nak belajar di tempat yg sama, konon tak mahu berpisah. Pilihan utama kami Pengajian Bahasa Perancis dan Jerman di UPM. Walaupun saye di dalam kelas Perniagaan dan Ekonomi semasa Tingkatan 6, namun saye memang minat pengajian bahasa. Guru kaunseling kami waktu itu menyarankan saye mengambil Jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah di UTM, memandangkan katanya saye sesuai dengan jurusan ini. Saye mengikut saja, lagipun ini merupakan pilihan ke-6, saja-saja letak. Entah macamana bila keluar keputusan dari IPTA, saye boleh dapat Jurusan Perancang Bandar dan Wilayah ni dan Nobi ke UPM. Sedih la jugak mula-mula, sebab saye berangan nak belajar jauh sikit, merasa duduk tempat orang. Kalau nak tawu UTM dengan rumah saye sangat la dekat. Nak jalan kaki pun boleh(tapi berpeluh la ketiak). Mak laung nama saye dari rumah pun saye boleh dengar kot? Hahaha.
Tapi tu dulu la. Mungkin dah memang rezeki saye di sini. Setelah hampir 3 tahun menimba ilmu di UTM ni, saye rasa saye adalah antara orang yg bertuah. Nak tawu kenapa?

1.  Tak perlu berebut beli tiket balik kampong.
Di saat kawan-kawan lain rebut-rebut beli tiket balik kampong semasa cuti semester atau semasa perayaan, saye boleh senyum-senyum sendiri sambil goyang kaki. Esok cuti, esok pun saye boleh balik rumah. Tak perlu keluar duit beli tiket bas atau kapal terbang. Paling-paling pun saye tolong hantar kawan-kawan ke airport atau stesyen bas. Dapat la jugak kongsi perasaan teruja mereka nak balik kampong. Bila dah nak habis cuti, banyak la panggilan telefon saye dapat, tanya bila saye balik UTM, takut-takut mereka yg terawal balik boleh saye teman mereka berjalan-jalan.


2.       Boleh balik rumah bila-bila masa kalau merajuk dengan kawan.
Selalunya kalau sakit hati dengan perangai kawan-kawan or terasa hati dengan mereka, saye pun apalagi terus drive kereta balik rumah. Mengadu dengan Mak dan menangis kat riba Mak. Bila hati dah sejuk baru balik. Kalau ada masalah pun, tak perlu la menjeruk rasa duduk kat UTM tu, banyak tempat saye boleh tuju. Tak perlu takut sebab ini tempat saye, bukan tempat orang. Kawan-kawan lain pun ramai boleh hibur hati saye. Keluar kelas, dah ada kawan tunggu, boleh pergi merambu. Untung tau belajar dekat!

3.       Bila sakit Ayah dan Mak terus datang ambil.
Ya saye mengaku saye manja. Orang kalau tak kenal saye akan nampak saye seorang yg tegas dan hati kering, tapi sebenarnya saye sangat la lembik dan manja. Pantang sakit sikit, mula la merengek nak balik rumah. Selalu kalau saye demam Mak terus gesa Ayah ambik saye, padahal esok-esok pun boleh balik rumah. Nak pergi Pusat Kesihatan UTM pun Ayah tolong bawak. Betapa mengadanya? Nak buat macamana, dah saye memang macam ni. Kalau sakit, saye akan dilayan macam puteri kat rumah tu. Sebab tu la saye seboleh-bolehnya nak berada di sisi keluarga bila saye sakit atau susah hati. My family is my everything.

4.       Tak perlu pening kepala sewa stor simpan barang semasa cuti semester.
Ni lagi satu kelebihan. Saye tak perlu sibuk-sibuk isi borang sewa bilik atau stor semasa cuti. Semua barang boleh angkut terus balik rumah. Penuh-penuh kereta saye berangkut. Selalunya dari tahun pertama lagi rumah saye jadi mangsa tempat penyimpanan barang bagi kawan yg tak dapat sewa stor semasa cuti. Ada je barang yg nak ditumpang di rumah. Tak kisah la, lagipun nanti saye boleh mintak tolong kirim beli barang dari kampong macam belacan ke, ikan bilis ke, kek lapis Sarawak ke. Hahaha. Cuma ada antara mereka yg saye tak dapat nak tolong sebab rumah bukan besar sangat. Barang saye pun dah penuh satu bilik, sampai tak tau nak sumbat mana. Maaf ya.

5.       Tak perlu ikat perut makan Maggi.
Di saat kawan-kawan lain kesempitan duit dan terpaksa makan bercatu(adat hidup di perantauan), saye senang-senang boleh mintak Mak hantar makanan ke hostel. Boleh mintak masak itu ini. Nak makan ketam pun boleh! Laksa Johor pun boleh! Siap jamu kawan-kawan semua. Ada masanya Mak rajin, tak payah mintak pun Mak dah muncul depan pintu bilik bawak macam-macam makanan. Stok biskut pun banyak. Jimat belanja. Jadi saye tak boleh disalahkan kalau saye cerewet dan memilih makanan. Saye memang tak biasa makan bercatu dan tak biasa hidup di rantau macam orang lain. Tak tawu la macamana kalau saye terpaksa masuk hutan kan? Di Taman Negara tempoh hari pun saye asyik curi-curi menyeberang sungai cari restoran makanan panas. Tapi saye tak la cerewet sampai tak boleh makan di warung atau kedai makan murah. Saye bukan anak Tan Sri nak menggedik makan hotel hari-hari. Singgah restoran mewah pun kalau ada function or ikut kawan makan. Biasanya saye selamba je hirup cendol atau makan mi mamak tepi jalan. Tapi yang penting rasanya sedap dan boleh diterima tekak la. Takkan nak main belasah je. Nanti orang cakap ‘larung’! 

Apa-apa pun, bersyukur la dengan apa yg kita dapat. Mungkin bagi mereka yg lain, pengalaman dan pelajaran semasa merantau di tempat orang adalah sesuatu yg sangat berharga. Orang kata jauh perjalanan, luas pengalaman, ye tak? Tapi nasihat saye, duduk tempat orang, pandai-pandai la sesuaikan diri dan jaga kelakuan. Dan yg penting, kalau duduk tempat orang, tapi tak tawu nak bersosial dan berkawan, baik tak payah. Baik duduk je tempat sendiri. Jangan pula jadi macam sesetengah manusia tu yg merantau tempat orang, mulut tak tawu jaga. Ada je benda yg tak elok la, tak best la, tak sama dengan tempat sendiri. Siap kutuk-kutuk lagi. Hello, lain padang lain belalang tau. Setiap negeri, negara, benua, ada keistimewaan tersendiri, bergantung kepada kebijaksanaan dan kefahaman kita untuk menilainya. Jangan la nak berlagak tak kena tempat, nanti mana-mana kita pergi, semua orang benci. Tak nak kan? PEACE!

No comments:

Post a Comment