As I heard about one of my friend dah broke up with her truly love-at-the-first-sight, I've been thinking of beberapa kawan lagi yang baru putus cinta. Macam musim pula. Status di Facebook dan Twitter pun dah macam tak tentu arah. Ya, saya akui there can be some really dark days after a relationship break up. Macam yang mereka sedang lalui sekarang.
"I don't know why they call it heartbreak. It feels like every other part of my body is broken too."
Status terbaru di Facebook seorang teman. Gila pathetic. Tapi betul juga, speaking base on my own experience, break up situation is extremely challenging. Real punya challenging. Time tu la rasa hidup dah tak ada makna. Rasa tak ada lagi lelaki lain sesempurna si dia. Tak tawu dah macamana nak teruskan hidup tanpa si dia. Lagi parah, bila terpaksa tengok si dia dengan orang lain. Time tu la keluar macam-macam lagu sedih kat radio yang buat hati terasa dicarik-carik, dirobek-robek. Rasa macam ada orang request lagu kat DJ semata-mata untuk ditujukan kepada kita yang memang tengah parah frust menonggeng.
Dan time tu la Anang yang patah hati tuju lagu untuk Kris Dayanti.
Kau bilang tak pernah bahagia selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua yang kita bina
Kau hancurkan semua.
Dan time tu la juga si Rossa bercerai dengan Yoyo dan release single terbaru dia.
Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini kau pergi bersamanya
Ku menangis melepaskan kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Aku lah hati yang telah kau sakiti.
Semua memang tepat la pada waktunya. Kan? Pernah tak korang lalui benda-benda mengarut ni semua?(mengarut la selagi belum jadi kat korang) Yang dah pernah melaluinya kalau baca post kali ni mesti terangguk-angguk ataupun tersengih-sengih membayangkan betapa tolol dan bodohnya korang (termasuk yang menulis ni) satu ketika dulu. OK. Sebenarnya ni intro je. Sebenarnya akak (lah sangat) nak share sikit tips. I'm not so pro la untuk give u guys great advice, just wanna make a little nice here. Mana lah tawu boleh jugak bagi panduan kat korang semua. Sharing is caring kan.
Breaking up : HOW TO GET OVER IT
Let him/her go
Memang sakit untuk lepaskan orang yang kita sayang. Lagi sakit kalau perpisahan terjadi kerana orang ketiga sedangkan kita punya la setia bagai nak rak bagai nak abdi/hambakan diri untuk si dia bagaikan si dia lah jodoh kita dunia akhirat. Macam nak si dia tahu yang takkan ada orang lain boleh sayangkan dia macam kita sayang dia. Poodah! Tak ada maknanya dah sayang kita pada dia tu. Nak ugut terjun tingkap sampai bomba dan press semua datang dan muka kita masuk paper/TV dan mak bapak kita kena gelak sampai tujuh keturunan? Apa yang kita dapat? Listen to auntie ar, to love is to learn to let go. To love is to make him/her happy even they are not with us anymore. Kalau betul-betul sayang, just let them happy, bahagia, senyum, gelak sampai nak terburai isi perut walaupun dengan orang lain. Bukan tu ke yang kita nak?
Replace has-beens
Belajarlah terima kenyataan bahawa si dia bukan untuk kita. Cakap pada diri kita, OK this is what it is right now, dan kena ingat selalu apa pun jadi u have to move on. First move, first step, buang semua SMS, hadiah, gambar dan apa-apa jua benda yang mengingatkan kita pada si dia. Jangan fikir sayangnya nak buang ni je la kenangan cinta kami yang masih ada. Hello!
Looking for something fun, inspiring and healhty
Laughter is always a best medicine. It's true. Sebab tu bila kecewa dan sedih, cari la kawan berborak dan bergelak ketawa. But please, stop mentioning his name in ANY conversation. Buat perkara-perkara yang fun. Kalau tengok movie tu, tengok la movie yang bagi inspiration sikit macam Legally Blonde, Mean Girls, She's the Man atau Confessions of a Shopaholic. Jangan la tengok Titanic ke, New Moon ke, Lagenda Budak Setan ke, memang la meraung. Pernah cuba tengok SPONTAN masa tengah sedih kuciwa segala bagai? Kalau korang tak tergelak, saya suggest pergi check kepala hotak tu. Mana la tawu ada skru yang longgar sebab banyak sangat menangis hentak-hentak kaki dan kepala. Remember, happiness is a choice. Don't ever think yang kita tak boleh be happy again. Read or watch something funny and laugh out loud la dear!
Be super duper extra strong
Kalau ex kita tak ada depan mata senang cakap, macamana kalau si dia sentiasa ada depan mata, contohnya dah memang belajar satu kelas? Salah korang jugak, mak bapak hantar pergi belajar yang korang sibuk nak bercinta tu kenapa? Dah la tu macam dah kecik sangat dunia ni korang pergi bercinta pulak dengan classmate sendiri kenapa?(awak pun sama Dya, tak yah nak gempak sangat nasihat orang).
Few friends tanya "Eh Dya, macamana kau boleh survive lepas putus dengan classmate sendiri?" atau "Kau tak sakit jiwa ke tengok dia depan mata?" Honestly, saya senyum dan cakap OK aje(derita hati ku tanggung sendiri sebenarnya). Dah tu takkan nak meraung histeria sampai pengsan tiap kali nampak dia? Takkan nak serang kekasih baru dia sambil main tarik-tarik rambut macam konon nak rebut Ashraf Muslim(owh Ashraf Muslim makin kacak!) macam konon dah tak ada lelaki lain dalam dunia Allah yang maha luas ni? Kan ke sengal? Tunjuk kat si dia tu sikit yang even without him pun kita boleh survive. Menangis la untuk sehari, dua hari, tiga hari atau seminggu sekalipun, tapi jangan sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan. Tak worth it la. Kita menangis untuk orang yang tak hargai kita. Lepas broke up dulu ada juga si dia hantar message through YM, tapi saya keraskan hati untuk ignore. Dia minta untuk still be friend dan hangout sama pun saya buat bodoh je. What for? Senang cakap la sebab dia tak rasa apa yang kita rasa. Itu cuma helah je untuk dia tutup rasa bersalah dia dan konon tunaikan janji yang nak jaga kita sampai bila-bila. Well, terpulang la korang still nak contact dengan ex korang dan jadi kawan biasa, but for me it will make the process to move on even harder. My advice, get over it and walk away.
Support network
Time macam ni la kita akan tawu siapa kawan sebenar kita. Ye lah, dah meroyan siang malam melalak teringat buah hati yang dah melangkah pergi, bukan bestfriend ke yang sudi layan kita bercerita sambil menangis bengkak-bengkak mata. Bukan bestfriend ke yang sanggup teman kita hangout tengok wayang atau melalak di pusat karaoke dengan list lagu yang semuanya sumpah kalau dengar mesti melentok? Bukan bestfriend ke yang bila terserempak ex kita dengan buah hati baru dia tengah duduk makan di kafe cepat-cepat tarik tangan kita suruh blah supaya hati kita tak terkoyak lebih parah? Dan bukan bestfriend ke yang sanggup jadi bonser bila nampak ex kita terus jeling sambil bagi warning "Kau jangan kacau kawan baik aku lagi." Ya. Semua itu hanya akan dilakukan oleh mereka yang bergelar KAWAN BAIK. Saya bersyukur sangat-sangat kerana dengan adanya mereka yang bergelar kawan baik ini, fasa putus cinta frust menonggeng saya tu dapat dilalui dengan lebih mudah. Sesiapa yang dapat boyfriend terus lupa kawan tu ingat-ingat la, banyak benda yang bestfriend kita boleh buat yang takkan mampu dibuat oleh boyfriend kita. Selain kawan, kita masih ada family yang takkan pernah putus kasih sayang mereka terhadap kita. Buruk macamana pun kita, busuk macamana pun, kita tetap ada mak dan ayah yang akan selalu peluk kita bila kita bangun tidur. Yang selalu rasa anaknya cantik walaupun orang lain nampak kita selekeh, comot dan hodoh. Sebab tu kalau kita fikir kita punyai seseorang yang buat kita tak mahu hidup lagi, fikirlah yang kita juga punyai lebih dari sepuluh atau seratus atau seribu orang yang mahukan kita teruskan hidup kita, berjaya dan bahagia dunia akhirat. Insyaallah.
Finding a new obsession
Macam ni la, lepas dah kena tinggal dengan si dia yang dulunya korang rasa indah tak ada yang tak indah semuanya indah-indah belaka seindah bulan purnama tu(macam tawu je bulan purnama tu indah) apa kata korang looking for any other obsession/keghairahan contohnya memasak ke, belajar buat cup cake ke, pergi travel ke, join persatuan-persatuan sukarelawan ke, macam-macam lagi la. Bukan saja dapat tolong lupakan si dia, malah mungkin buka ruang untuk korang kenal dunia baru, orang-orang yang baru dan pengalaman baru yang lebih fresh. Kalau sebelum ni duit habis untuk si dia, pergi date la, top up telefon la, beli hadiah la, kali ini cuba habiskan duit untuk diri sendiri dan buat apa-apa je yang kita suka. Belajar sayang diri sendiri sebab if u don't value your own self, no one will kan?
Chillax. Chillax. Chillax.
Last advice ni. Tenangkan fikiran, lapangkan hati, beri kemaafan dan relax. Ambil masa untuk cari kelemahan diri dan perbaiki kesilapan. Be human. Kita tawu semua ni ujian Tuhan untuk buat kita lebih matang. Hiburkan hati dengan perkara dan orang-orang yang kita sayang, yang sayangkan kita. Agak-agak rindu dan terkenang senyum manis si dia, cari seseorang untuk borak atau buat sesuatu untuk kill the time. Jangan biarkan jiwa kita sakit, tak bagus. Tenang selalu dan tabahkan hati. Lighten up a little, u deserve it.
A heartbreak is a blessing from God. It's just His way of letting you realize He saved you from the wrong one. |
wow. now this is real advise. :)
ReplyDeletehope so. =)
ReplyDelete