♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Wednesday, May 25, 2011

Industrial Practical Training

It’s a holiday again. Malangnya kami cuma ada a few weeks untuk bergoyang kaki dan pinggul di rumah. I don’t know what I feel, but Industrial Training is not the kind of thing that I love so much(selain detik dan ketika bertemu si dia. Forget that part huh?). Also need to improve on my technical skills and communication, of course. And guess what? Kami salah masuk company! Urghh.. Punyalah benci belajar GIS dulu, sampai boleh kira dengan jari berapa kali pergi kelas praktikal dan teori. Waktu buat report untuk group studio pun memang kebanyakkan kami mengelak buat benda-benda membabitkan mapping segala bagai, lebih-lebih lagi yang melibatkan GIS. Diulangi, GIS. Alip selalu cakap : "Tu la,hang tau nak kerja senang ja." Terima kasih atas nasihatmu Alip. Lepas ni berebut-rebut la semua orang nak buat map. Roy boleh bersara ya.

 Tup tup tup.

 “Kat sini kita memang buat GIS untuk support planning dan kami bukanlah pure planning company.”

Saye pandang Nadiah, Nadiah pandang saye. Ah sudah! Hari pertama kami diberi tugasan membersihkan/repair map menggunakan ArcGIS. Punyalah ralit mengadap PC sampai tak sedar dah pukul 5. Hebat tak hebat? Kami diberi tempoh sehingga Jumaat untuk siapkan bahagian masing-masing. Dan untuk satu hari yang stress+lost+blur+concentrate terlampau tu saye cuma dapat menghabiskan tak sampai pun ¼ daripada kerja  yang diberi. =.=”

Owh… Balik rumah mata dah naik juling dan masih terbayang editing tools depan mata. Melampau! Mengadu dengan Mak, Mak cakap tak apa. Ni dah kira pengalaman baru yang berguna yang bukan semua orang boleh dapat. Insyaallah semua ni boleh digunakan untuk masa depan.

Betul juga. Kalau difikirkan berapa kerat la planning company yang mahir guna GIS. Kalau kat local authority tu siap kena upah company luar untuk beri kursus atau buat kerja berkaitan GIS ni. Kami pula senang-senang dapat belajar. Syukur sangat. Hebatnya di sini kami buat benda yang reality. Kami work on project yang benar-benar wujud. Dan kami dapat belajar dari mereka yang memang professional. Penaung company kami tu pula Dekan fakulti kami sendiri. Maka, siap sedia la untuk belajar banyak benda baru. Otak mesti cerdas dan hati mesti selalu redha. Barulah mudah terima pelajaran.

Doa saye juga, moga semua kawan-kawan SBW akan dapat tempuh pengalaman berharga ni dengan penuh tekun dan sabar. Wish u guys a very good luck!

p/s : Owh.. Senarai tampal dah keluar dan merobek tembok-tembok keyakinan yang diusahakan bersusah payah. Dr Norsiah cakap tak apa. Buat perlahan-lahan. Memang susah untuk bangun balik setelah jatuh. Insyaallah, things are getting better.

Good girls finish first but well behaved women seldom make history.

No comments:

Post a Comment