♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Tuesday, June 28, 2011

Irwansyah

Mana mana Irwansyah mana? Maaf anda tidak akan ketemu apa-apa gambar menunjukkan aksi Irwansyah tidak berbaju apatah lagi tidak berseluar di sini. Dan tentu sekali tiada langsung apa-apa untuk diceritakan tentang hero genit (eh boleh ke pakai perkataan genit untuk lelaki?) kecil molek ini. 

OK OK macam ni. Nak bagi klu. Kalau korang nampak nama Irwansyah apa perkara pertama yang korang ingat? Acha Septriasa. Salah. Lesung pipit? Salah. Khairul Fahmi Che Mat sebab teringat saat indah Malaysia kalahkan Indonesia masa piala Suzuki? Salah. Aimie Harmelia tunang Khairul Fahmi? Salah! Apa kena mengena? Ishy korang ni tak berdaya imaginasi betul lah. Bila ingat Irwansyah, tak ke zzzzuuupp terus bayangan filem meletop dia dengan Acha Septriasa dulu menjelma di minda? Alah filem Heart tu la! Aiseh penat tau bagi klu klu macam ni. Ya filem Heart atau dalam bahasa Malaysianya HATI.

Hahahaha.. Nak gelak dulu sebab berjaya mengakibatkan korang semua membuang waktu secara sia-sia dengan membaca intro dua perenggan saya. Hahahaha. Cepat lempang saya cepat! =D

Sebenar-benarnya saya nak cakap pasal hati. Pasal perasaan. Pasal jiwa. Apa pulak kena mengena Irwansyah dengan semua ini hah? Lah korang ni, kan kalau kita ingat Irwansyah kita mesti ingat Heart, Heart tu kan hati. Eh eh saya sorang je ke yang bila ingat Irwansyah ingat hati, korang tak eh? Rupanya kita tak berkongsi layar imaginasi yang sama eh? Owh. Maaf. =.=" 


Korang,  kita semua selalu dengar bahawa hati adalah main point yang control semua tindakan yang kita buat. Terpaksa setuju sebab kalau tidak takkan orang tua-tua dulu sebut 'tepuk dada tanya selera'. Tak ada lagi orang suruh tepuk perut nak tanya selera kan? Kan? Angguk cepat. Hah sebab itu lah hati ni penting. Kita kena jaga dia supaya dia tak rosak. Tak membusuk. Kalau dah busuk hati di dalam tu, maka pemikiran, perbuatan dan perkataan kita akan jadi busuk. Nak tutup macam mana pun dah tak guna sebab makin lama dia makin parah. Semua orang akan tahu. Macam orang yang sembur minyak wangi sebotol yang tak mandi pagi untuk tutup bau badan dia, tapi bila tengah hari ketiak dah basah muka dah berminyak, bayangkan. Bayangkan!

Banyak sebenarnya ubat untuk hati busuk ni. Macam-macam kaedah kita boleh guna tak kira secara psikologi, keagamaan, atau sivik tapi secara mistik tahyul mahyul contohnya nak hilang sakit hati pergi santau orang tu adalah sangat tidak disyorkan. Lagi satu kalau nak pergi farmasi cari ubat hati busuk pun tak ada rasanya. Ada ke? Kalau ada bagitahu saya cepat, saya nak hadiah kan kat sorang kawan ni. Kesian kat dia. Derita tau sakit berkait-kait dengan hati ni. Saya ni pun bukan lah baik sangat, banyak buat kesilapan banyak buat kesalahan. Kadang-kadang bila rasa nak marah saya marah habis-habis, saya ketuk tampar sepak terajang semua tapi yang jadi mangsa cuma dinding lah. Gila nak ketuk tampar sepak terajang anak orang tak pasal-pasal tidur lokap. 

Bila dah marah hati memang akan terpalit dendam. Kadang-kadang sampai cakap 'apasal lah tak mati je orang macam ni menyusahkan hidup orang lain je'. Nauzubillah. Jangan ikut perangai saya ya, tak baik doakan orang lain mati (ececeh pandai pulak nasihat orang). Semua orang buat silap termasuk diri kita sendiri. Semua orang perlu belajar dari kesilapan untuk jadi yang lebih baik. 

Sebab tu kita perlu pupuk hati kita supaya cepat memaafkan. Macam diri saya sendiri, terus terang saya adalah kategori orang yang sangat mudah lupa. Kadang-kadang lupa saya sampai tak ingat ada kawan pinjam duit, pinjam baju, pinjam barang tapi dah buat macam harta sendiri dan tak ada niat langsung nak pulangkan. Dan baru tadi saya bayar hutang RM10 kat Nadiah Hakimah yang dari minggu lepas tangguh bayar sebab lupa. Kadang-kadang bila kawan cerita rahsia itu ini esok-esok sumpah saya lupa. Orang buat salah kat saya, sakitkan hati saya, cepat betul saya lupa. Sebab apa? Bukan lah sebab saya baik, kang korang muntah pulak kalau saya puji diri sendiri tapi sebab saya tak suka nak ingat perkara yang menyakitkan. Tak suka nya saya untuk ingat perkara menyakitkan ni hingga bila ada orang nak sampaikan yang si polan itu si polan ini mengata tentang saya, saya cakap saya tak nak tahu. Sumpah saya tak nak tahu. 

Saya tak nak rosakkan hati saya dengan dendam, iri hati, busuk hati, dengki tak sudah-sudah. Lebih baik saya baja hati saya dengan kasih sayang, dengan cinta, dengan bahagia. Lebih baik saya ingat yang manis-manis dari yang pahit. Hidup pun senang, hati pun ringan. Eh betul tau! Tak percaya cuba bandingkan sebelum dan selepas kita memaafkan orang. Mesti ada beza. Weh tak boleh lah nak beza dengan cara tibang kilo gila kau nak belah dada keluarkan hati letak atas penimbang, sumpah tak berkesan!

Salah satu ubat paling mujarab untuk dibuat adalah memaafkan orang sebelum kita tidur. Meleraikan dendam sebelum kita tutup mata. Dan padam semua perkara menyakitkan supaya kita boleh bangun pagi dengan senyuman dengan ceria. Satu perkara lagi, jangan terlalu obses dengan mimpi. Kita selalu percaya kalau mimpi perkara buruk tu tandanya ada orang busuk hati dengki nak khianat kat kita. Bila bangun hidup jadi tak tenteram terkenang kenang mimpi dan mula cari siapa yang malaun sangat tak puas hati dengan kita. Sebenarnya kita sendiri yang busuk hati. Kita yang dengki. Cuba lah sebelum tidur tu berzikir, ingat perkara-perkara yang ceria, ingat wajah orang-orang yang kita sayang dan paling penting, belajar memberi kemaafan. Macam saya sebut tadi, tak nak sakit-sakit hati sebelum tidur. Tak nak dendam dendam eiyp takmo takmo tak baik! 


Jom jom mulai malam ni kita semua cuba praktikkan sama-sama. Belajar beri kemaafan, tidur dengan hati tenang dan senang. Saya pernah cuba. Kesannya bila bangun dari tidur saya boleh senyum lebar sampai ke telinga sebab mimpi indah dapat peluk Ashraf Muslim. Owh indah!


Nak dengar satu kisah benar yang terjadi dalam rumah hujung minggu lalu?


Ayah : Kenapa bergaduh ni Agib, Byna?


Agib : Byna ni Ayah dengki orang nak main game tiba-tiba dia datang nak tengok Transformer dah la tak mandi mata berkerak tahi.


Byna : Alah Abang tu asyik dia je nak main game Byna dah tunggu dari tadi!


Ayah : Korang ni cuba la belajar berkongsi jangan tamak jangan dengki. Yang Byna ni pun dah tau Abang tengah main game yang menyibuk tak reti menyempat tu kenapa? Busuk hati betul!

Saat ni Mak datang dari belakang sambil bawak sudip.


Mak : Memang budak-budak ni Ayah. Awak tak ada kat rumah lagi teruk asyik nak bergaduh je berebut laptop tak pernah nak baik-baik.


Agib : Eleh Mak pun sama selalu berebut dengan Abang nak tengok Full House ulang-ulang.


Mak diam. Byna diam.


Ayah : Korang ni semua bukan kecik-kecik lagi Ayah nak marah selalu. Cuba lah belajar berkongsi elok-elok, guna sama-sama, pakai sama-sama. Ini tidak, bila tengok orang lain senang hati sikit mula lah tak senang duduk nak dengki. Ni penyakit ni. Penyakit busuk hati. Orang busuk hati ni muka buruk. Muka kentot!


Saya, Angah dan Kakcik yang tersumbing-sumbing dari tadi control gelak terus lari masuk bilik sebab tak tahan nak terburai isi perut bila dengar ayat terakhir Ayah tu. Muka kentot? Apa tu?







5 comments:

  1. hahaha..rasanya ayat ayah dea "muka kentot" tu buat fiya gelak je..hahaha...

    ReplyDelete
  2. haha..itu la..dya pun xtahan nak gelak bila ingat.sejak dari tu kalau ada antara kitorg dlm rumah bgaduh,mesti keluar ayat muka kentot.haha..bengang seh kalau kena..rasa mcm buruk betul muka kita.. =p

    ReplyDelete
  3. lawaK + nice.. sweet la family dya.. jeLes nie.. hehe~

    ReplyDelete
  4. lawak tu betul ayien.haha.ayah dya kalau marah ada je ayat2 pelik keluar dr mulut die..tah mana die dpt tah.

    ReplyDelete
  5. hehe.. intung dya dapat ayah cm 2.. msti sporting kan..? hehe~

    ReplyDelete