♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Monday, July 4, 2011

Oh-so-good weekend!

Holla guys! Dah berapa kali tertangguh nak cerita pasal hujung minggu. Sampai dah naik berminggu-minggu dan dah tak tahu macamana nak susun. OK macam ni lah, saya akan let u guys know few things yang saya suka buat atau selalu buat semasa weekend. Well, I always had a wonderful moment on weekend, I mean every weekend! Tak kisah lah sama ada dengan kawan-kawan, si dia atau family. Semuanya awesome!


1. Karaoke-ing


Tak boleh nak cakap singing sebab suara tak sedap dan tak layak pun nak sing a song =.=". Selalunya tak kisah sangat nak menyanyi kat mana pun, janji dapat men'sumbang'kan beberapa buah lagu. Tapi setakat ni Red Box is the best choice sebab bukan saja dapat menyanyi sampai suara jadi serak dan dapat feel lebih nyanyi lagu Ella, tapi dapat juga melantak sampai jadi buncit! Nah nah gambar membuktikan betapa seronotnya karaoke di Red Box.


Fish n chip.


Ice cream dan bihun cina.

Sotong dan udang bersos.

Ice lemon tea pilihan saya dan buah-buahan segar bersama puding mangga sebagai pencuci mulut.

Saat ini saya dah bersandar kekenyangan maka Redza terpaksa teruskan nyanyian secara solo. Hoho.


2. Tutti frutti-ing

Sangat suka ini! Mempersembahkan, the new addiction of mine.

Eh eh bukan orang ini. Bukan! Ini Khai, kawan baik Redza. Macamana boleh ada kat sini entah?

Hoh! Ini ini. Ini yang saya maksudkan. Yogurt ice cream yang super duper delicious! 

Dulu sebelum ada Tutti Frutti, saya gila yogurt ice cream dekat Jusco Bukit Indah. Kalau boleh hari-hari nak pergi sana. Heaven woo dapat pekena ice cream sambil kunyah Momo Hotdog. Tapi sejak dah ada Tutti Frutti, yogurt ice cream kedai apa nama entah tu yang pekerja dia sombong nak beli ice cream macam nak mintak beli pakai duit dia tu semakin dilupakan. Padan muka! Dah lah strawberry selalu tak ada kalau ada pun dah kena potong-potong dadu kecik-kecik tak puas makan. Sekarang lalu depan kedai dia dah boleh berlagak angkat hidung tinggi-tinggi. Hoho. Lagipun Tutti Frutti best hujung minggu boleh lepak lama-lama, borak lama-lama, bersembang lama-lama dengan bos dia yang sangat-sangat mesra dan boleh online lama-lama sampai lebam. 


3. Picnic-ing

Hujung minggu yang mengasyikkan adalah apabila dapat bersama keluarga tersayang. Macam last week, we actually had a very beautiful picnic di Pantai Desaru. Nanti saya buat entry khas ya. Gambar pun tak lengkap sebenarnya sebab malas upload. Terima je lah.

Wonderful moment.

Sesekali dapat menikmati pantai itu adalah bahagia yang yang tidak terperi.

Gambar ni dah agak lama dah, Agib pun cemetot lagi.

Selalunya hujung minggu kami pergi taman sekitar JB je. Agak-agak rajin sediakan lah makanan apa yang patut. Dulu Ayah selalu bawak ke pantai tiap kali cuti. Sekarang ni memang dah jarang sangat sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Cuma Byna je selalu merengek ajak berkelah, bosan katanya.

Sekarang mesti nak pastikan sebulan sekali mesti kena buat out door activity bersama keluarga atau mereka tersayang. Tak kisahlah, berkelah depan rumah pun jadi! Janji berkelah! 


4. Cook-ing

Malas dah nak upload gambar. Korang cari sendiri lah aktiviti masak memasak saya dalam entry yang lepas-lepas (kalau ada) Huahuahuahua. Biasanya saya suka cuba macam-macam resipi baru tak kisah lah yang saya belajar dari Mak, kawan-kawan atau dari internet. Susah nak gambarkan perasaan bila tengok orang tersayang makan ap yang kita masak, lagi-lagi kalau diorang puji sedap tak kisah lah diorang puji sebab takut kena ketuk dengan sudip atau memang ikhlas puji. Eh nak tambah satu lagi ciri-ciri lelaki idaman lah macam ni! Saya nak lelaki yang akan suka makan apa saja yang saya masak. Apa saja tau! Siap lah Redza si keding tu jadi buncit lepas ni semata-mata nak penuhi ciri-ciri lelaki idaman saya. Hohoh! 


5. Photoshoot-ing

Apakebenda ntah pakai ayat ing ing semua ni? Ala boleh lah, macam best je pakai ing ing semua ni. Boleh eh? Hihi. OK last last last! Saya selalunya suka isi masa lapang dengan menambahkan kecomelan keyakinan keperasanan saya dengan sesi bergambar. Ya saya tawu saya tak layak jadi model pun sebab muka bila senyum dalam gambar nampak hipokrit. Nak nampak sexy pun tak boleh sebab muka saya macam kanak-kanak tak cukup umur bila bergambar macam tu. Tak cukup langsing untuk sarung apa-apa jua jenis baju macam model-model yang lain. Owh langsung tidak versatile nya saya.

Ya, tangan kurus berurat-urat itu milik saya. =.="



Gambar ini saya suka bukan kerana yang mengambilnya adalah Byna, tapi kerana saya tak pernah bergambar terbalik macam ni. Sila cuba untuk lebih faham apa yang saya maksudkan.


Banyak lagi sebenarnya weekend activity yang saya suka buat termasuklah menonton wayang, window shopping, berjalan-jalan atau sekadar membaca di rumah. Tapi yang di atas ni adalah top list buat masa ini.  How about u?



2 comments: