Topik hari ni, lempang. Pernah tak korang rasa nak lempang orang kuat-kuat sampai mulut orang yang di lempang tu senget sampai dia tak berani nak angkat muka bila kita lalu depan dia sampai dia ingat kesan lempangan kita tu hingga dia hikayatkan pada anak cucu tujuh keturunan? Pernah? Saya pernah. Saya selalu. Kadang-kadang saya rasa nak lempang orang tak peduli dia tu orang tua ke, berjawatan tinggi ke, berpangkat ke, budak kecik belum tumbuh gigi ke, selebriti ke, sampai arnab depan rumah pun saya rasa nak lempang nak sekeh-sekeh. Sebab apa? Sebab tak faham bahasa. Macam arnab. Yek ena dah nama pun arnab memang la tak paham bahasa. Apa pulak! Arnab depan rumah saya tu kadang-kadang elok je bila suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi, suruh minum dia minum. Arnab pun reti bahasa.
Antara ciri-ciri perbuatan tak faham bahasa yang selalu buat saya dan mungkin awak awak awak dan awak rasa nak melempang ialah:
1. Salah faham
Orang cakap lain dia cakap lain. Orang maksudkan lain dia pandai-pandai letak persepsi sendiri lepas tu tak nak terima pulak kalau orang terangkan perkara sebenar. Contohnya macam salah faham di dunia siber (skema betul pakai ayat siber) ya lah sekarang kan senang nak sebar maklumat kat orang lain. Fasha Sandha pun nak marah-marah dah tak payah panggil press ramai-ramai interview dia, cukup sekali tulis kat Twitter, semua orang tawu. Semua orang baca. Yang jadi masalah bila kita tulis benda konon nak luahkan emosi konon dah tak ada kawan lain tempat mencurah perasaan, Facebook dan Twitter lebih memahami, teman sejati. Sekali orang lain yang sentap lebih daa. Bukan kira siapa makan cili dia rasa pedas awak, dah tak ada dah semua tu. Kalau dah awak tulis "Hey bangang betul mak cik baju biru ni makan cheese tart aku tak hengat sampai aku nak makan pun tak dapat." Nampak tak? Bukan mak cik je yang terasa, tapi semua orang yang berbaju biru dan yang makan cheese tart semua akan terasa bangang. Dah tak pasal-pasal semua orang tarik muka bila nampak kita. Jangan main-main woo! Dah banyak jadi. Yang empunya diri ni pun pernah lalui. Yang nak di tembak si musang makan ayam, tapi ayam satu reban semua lari sedangkan musang buat-buat tak peduli (apa Dya perumpamaan macam ni?). Benci kan jadi salah faham macam ni? Nak minta maaf banyak kali rasa tak patut sebab tak buat salah. Si kawan yang terasa tu pulak hati keras macam tembok padahal dah bengang sebab salah faham dan sentap lebih. Cerita pulak dengan kawan-kawan lain semua kita ni jahat kejam dan berlaku tak adil dengan diorang. Dah sekali bodoh boleh terima, bodoh pulak lagi dua kali. Haduh.. Tak ke korang rasa nak bagi pelempang?
2. Degil
Sama la macam kes di atas ni. Orang cakap jangan, jangan. Orang cakap bukan, bukan. Orang cakap tak nak, tak nak la! Susah sangat ke nak faham? Rimas tawu tak dengan orang degil ni. Ayah selalu cakap nak ajar lembu pun lagi senang dari ajar orang degil. Jadi takmo degil-degil ya! Kang tak pasal-pasal dapat pelempang free. Alah Dya awak pun degil, orang ajar lepas copy polygon kat map kena validate topology, awak degil awak pergi merge banyak-banyak ikut polygon jalan lepas tu awak copy tanpa validate dah bertindih-tindih data GIS awak (orang GIS sila translate ayat saya). Kan bengap kan kalau degil? Menyusahkan orang!
3. Celupar
"Eh korang tak takut ke lalu jalan ni sebab minggu lepas kawan aku cakap betul-betul kat tempat kita lalu ni ada pontianak sergah kereta dia. Time macam ni la, malam macam ni. Bulan pun mengambang macam ni."
Tak payah cakap banyak orang tak faham bahasa sebegini memang wajib kena lempang. Tak ada dakwa dakwi lagi. Lempang!
4. Cakap tak serupa bikin
Alah meluatnya nak tulis pun dah rasa meluat memang meluat gila la dengan orang macam ni. Cakap je lebih tapi satu pun tak boleh pakai. Masa minggu pencalonan cakap berkobar-kobar konon janji "Wahai semua mahasiswa kami wakil anda yang bakal memastikan kebajikan anda terbela anda tidak akan rasa susah belajar di Bumi sendiri and trust me you'll feels like home ahak ahak you'll like it maka undi lah saya lagipun cuma saya wakil anda yang akan beri tiga biji gula-gula kepada anda supaya anda dapat undi saya dengan senang hati." Kesudahannya, 'yang ado'. Nasib anak orang kalau anak kambing dah lama makan lempang. Lepas tu ada pulak jenis orang tak faham bahasa dan tak ada bahasa yang suka sound sound orang "Weh korang pelajar praktikal tak boleh dan diharamkan main Facebook kitorang je boleh sebab kitorang kerja ada gaji korang takde." Woi puh liss lah diri sendiri tak betul nak suruh orang jadi betul. Cit podah!
5. Mencarut
Geli tawu tak dengan orang kuat mencarut. Tolong lah geli OK geli eeeuuwww eeeuuuwww! Serius rasa nak pelempang orang yang suka sebut benda alah sendiri, benda alah orang semua. First impression saya kat orang yang suka mencarut ni ialah dia kurang didikan, kurang budi bahasa dan kurang skru dalam kepala. Ada ke orang yang normal yang dilahirkan sempurna yang Tuhan bagi akal hati perasaan yang tak ada
6. Mengarut
Ni mengarut ni. Sangat mengarut.
Eh bukan saya yang mengarut, tapi sistem IPTA ni yang mengarut. Penat la nak menerangkan kesulitan kesusahan kepayahan menjadi pelajar IPTA. Bukan nak mintak banyak bukan nak mintak perhatian dan bukan nak mintak kerajaan bagi duit ribu-ribu tiap bulan. Cuma mintak fikir sikit. Fikir pakai hotak bukan pakai kepala lutut. Ada pula yang komen berunsur nasihat supaya saya lebih positif. Terima kasih. Tapi awak, bukan saya seorang diri mengeluh meratapi nasib tapi bersama saya ada rakan-rakan seperjuangan, ibu ibu bapak bapak, malah sesiapa saja yang faham isu sebenar yang cuba disampaikan di sini akan turut bersetuju dengan pandangan saya. Jangan nak cakap semua orang lalui benda sama awak. Jangan nak cakap kerajaan dah banyak beri bantuan. Itu alasan tipikal, everybody knows it. Sekarang yang saya nak pihak berwajib faham adalah mengapa perlu praktikal di adakan semasa cuti semester dan mengapa kami terpaksa bayar pula yuran praktikal sedangkan bukan kami minta semua ini dan antara kami ada yang memang tak dapat elaun pun. Kasihani lah kami yang terpaksa berhempas pulas memulas-mulas perut sebab tak cukup makan nak bayar sewa rumah dan isi minyak ke pejabat (OK dah boleh buat surat formal dengan ayat sebegini). Faham tak semua? Ke nak kena lempang jugak?
P/s : Entry yang di taip laju-laju sebab tak sabar nak baham durian Segamat yang dah semerbak baunya satu Office ni. Nasib baik praktikal dapat makan durian percuma. Saya bersyukur ni. Teruja ni. Positif ni. Praktikal awesome sebab dapat makan durian percuma!
ahhaha..no 3,Best!
ReplyDeletevalidate topo dulu.
ReplyDelete=p
huhu bila dea citer pasal li..huhu sy sedey masa li.. lec x bg markah yg sepatutnya huuu.. praktikal baik2 ye..(^^,)..
ReplyDeletelooo..ye ke?nape mcm tu?cecite..jgn risau,dah terlebih baik dah ni.tak dpt gaji pun masih semangat datang kerja tiap-tiap pagi.
ReplyDelete