♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Thursday, June 23, 2011

Suami Idaman

Holla everyone! Maaf lama tak update blog ni. Janji konon nak lebih consistence dalam berblogging, habuk pun tarak! Eh bukan apa, nak menulis perlukan idea yang betul-betul bernas dan berkualiti. Walaupun tak seberapa, tapi nak juga entertain korang semua so bila baca blog saya tak ada la rasa meluat atau cakap eh tah hape-hape tah minah ni benda macam ni pun nak cerita. OK saya paranoid. Takut sangat OK kalau orang cakap saya menulis tak pakai otak. Membebel tak kena tempat. Berbual tak ada isi. Takkan nak cerita hari ni saya di office saya bosan saya tak buat kerja lalu saya pun berbelog (pinjam bahasa Hanis Zalikha kejap) lepas tu saya kena marah dengan bos lepas tu saya sedih saya mengadu dengan boyfriend saya dia pun pujuk saya dan belanja makan ice cream. What the what the?

Sebenarnya saya nak share aktiviti hujung minggu yang lepas, tapi sekarang saya masih di office dan gambar-gambar tinggal dalam lappy di rumah dan saya lupa nak save dalam pen drive dan lappy saya tak bawa ke office dan saya tak dapat share kalau tak ada gambar nanti korang cakap menipu pulak dan saya tak nak korang ingat saya penipu dan dan dan.. Dah Dya takyah nak bagi alasan, straight to the point je! OK lah untuk membersihkan habuk-habuk dan sawang di blog saya ni saya harap korang sudi lah kongsi ciri-ciri jejaka idaman dengan saya (ciri-ciri je tau bukan orangnya sekali korang nak kongsi benci tak suka berkongsi kasih OK!). Let's cekidaut.

Suami idaman/dream guy

Pembersih
First of all, paling basic kiranya lah ni, si dia harus mesti wajib kena perlu lah seorang yang pembersih. Geli OK date dengan lelaki kuku panjang hitam, bulu hidung bersepah, kuat merokok dan berpanau manau ni. Eh ni mesti lelaki yang merokok marah bila baca ni. Cool la bro, kalau awek lu tak kisah lu smoking apa ada hal lu bukan balak gua (ni pengaruh botak la ni cakap lu gua lu gua rosak bahasa melayu saya). Gelinya saya pada bau rokok sama macam gelinya korang dengan bau ketiak awek korang yang seminggu tak pakai deodorant tu OK. Sama je kan? Paling geli bila lelaki berbau badan semerbak bukan semerbak wangi tau tapi bau badan kuat yang buat kita rasa nak piat telinga dia sambil seret bawak pergi mandi dan sental dengan berus sabut biar hilang daki-daki kau! Tolong lah, tak handsome tak cantik tak lawa tak apa, tapi tolong jangan abaikan kebersihan. Nak cerita sikit ada antara kawan-kawan saya yang sibuk berceramah suruh kita tutup aurat dan suruh buat benda yang bagi pahala, tapi bila duduk dekat dia mak aih bau melentung kuat dan bila buka kasut nak masuk makmal kaki berdaki dengan stokin yang macam tak basuh dua tahun. Tolong lah, Islam itu kan mewajibkan kita jaga kebersihan. Benda basic pun tak boleh buat sibuk nak cakap pasal Islam. Memang lah tak layak dibuat suami. Faham?

Lucu tapi TIDAK lucah
Serius saya jenis orang yang sangat suka ketawa. Bila tengah stress pun saya boleh bantai menghadap rancangan atau filem yang lucu dan ketawa sorang-sorang padahal orang lain tengok tak ada la lawak sangat. Maka disebabkan itu saya suka lelaki yang pandai berlawak dan berjenaka, tapi AWAS bukan lawak merapu yang menjengkelkan terutamanya yang berbaur lucah. Tolong lah lucah itu langsung tidak lucu. Dalam berjenaka pun kena ada batasan, jangan sampai orang meluat. Well, for me a man with a sense of humor ni comel sangat! Alololo comel comel comel..

Comel & manja
Dah terlanjur cakap pasal comel ni, teringat pula antara top list jejaka idaman saya selain daripada Jehan Miskin, Robbert Pattison, Channing Tatum, Kevin Zegers, Ashraf Muslim dan Aaron Aziz (gila tamak semua lelaki nak) adalah artis ni yang saya minat sejak zaman sekolah dulu, Jerry Yan ketua kumpulan F4. Ada orang cakap dia smart kacak badan tough tapi bagi saya dia sangat la comel manja manis kiut miut dengan renungan mata sepet macam kucing miang. Ni miang comel OK bukan miang geli-geli tu! Saya suka lelaki manja. Suka sangat. Coz I love threatening him like a baby. Jujur jujur jujur saya akui sometimes i got a problem with mothering my man. Saya rasa cuci baju, memasak dan jadi alarm clock untuk si dia itu sangat sweet, tapi sebenarnya benda tu semua buat si dia besar kepala dan tak ada tanggungjawab. Pemalas. Maka saya nekad tak nak lagi lebih-lebih manjakan si dia biar si dia pulak manjakan saya! Huh. Tapi tapi tapi.. saya masih suka lelaki manja! Suka! Sangat suka!

Talented/gifted
Tak kisah lah berbakat dari segi apa, asalkan berbakat. Dulu saya cair dengan lelaki si pemain gitar. Letak lah AR Badul ke, Azlee Senario ke, Dato' M Daud kilau ke dengan gitar, tetap nampak sexy! Agaknya gitar ni memang ada aura sexy kot?  Selain dari tu macam-macam bakat lah kan ada yang rasa lelaki tu menarik sebab dia pandai melukis, ada yang terpukau dengan suara yang merdu, ada yang suka lelaki yang pandai menari (ini serius kalau tak Dato' M Daud Kilau tu tak berbini sampai sekarang) dan lagi sekali, ada yang sangat suka lelaki yang pandai buat lawak macam Zizan dan Johan. Kalau saya, saya nak a man with a camera, boleh? (o.~)

Full of surprise
Saya suka kejutan. Tapi bukan lah kejutan berani mati konon ada rompakan berdarah atau kena tangkap polis beramai-ramai yang boleh buat saya kena serangan sakit jantung tau. Takmo gitu takmo eeiiyypp! Kejutan yang romantik yang manis yang indah adalah impian hampir setiap gadis. Ah takyah nak tipu nak cakap tak suka kalau buah hati bagi cincin berlian tiba-tiba konon nak kena bagitawu awal-awal supaya boleh ikut pergi beli sekali. Dan jangan nak tipu kalau tak rasa terharu bila si dia tiba-tiba bagi bunga nak pujuk bila kita merajuk. Jangan tipu!

Sensitif
Lelaki menangis Ok what? Tak hilang macho la bang kalau menangis bila tengok movie sedih pasal budak kecik mati kena bunuh dengan kejam atau menangis masa salam ibu ayah di pagi raya. We all tak rasa jelek pun malah bersyukur sebab dalam keras dan tegas masih ada keperimanusiaan dan kelembutan hati kat dalam tu. Orang kata dalam hati ada taman pun peduli apa, bukan nak suruh diorang baja ya tak? Lelaki sensitif adalah ciri-ciri lelaki idaman sebab biasanya mereka lebih prihatin dengan perasaan orang lain. Tapi tak yah ar nak emo lebih kena marah sikit dah terkemik-kemik menangis atau layout plan kena reject pun nak mengamuk sampai pengsan-pengsan. Puh liss.

Loving & caring
Kan sweet tu bila lelaki dukung anak kecil? Tak hilang macho pun OK. Saya suka anak kecil. Sangat suka! Jadi pasangan saya pun mesti ada sifat kebapaan sejati dalam diri. Penyayang dan prihatin, macam Ayah! Kalau boleh dah kahwin nanti saya nak berlenggang je bila pergi shopping. Suami, tolong dukung anak-anak ya! =p

Misteri
Ini bukan pengaruh Twilight ya sumpah bukan dan jangan salah faham saya tak nak lelaki kacak yang hisap darah sumpah tak nak (sambil angkat dua-dua tangan dan geleng kepala laju-laju). Maksud misteri di sini adalah saya nak si dia yang low profile dan sederhana. Tak suka la lelaki over yang suka tayang harta benda atau perasan handsome. Saya lebih teruja untuk kenal dengan lelaki yang jual mahal yang cool sepanjang masa, bukan yang berlagak tak hengat tapi poket penuh habuk jeuuww eeuuww eeuuuwww! Dan tolong lah saya sebut lelaki misteri bukan lelaki beristeri. Jauh beza tu kan?

Romantik
Siapa tak suka lelaki romantik angkat tangan. Dah angkat tangan boleh blah, tak payah baca. Eh jangan jangan. Baca je la, ni kan lelaki idaman saya bukan lelaki idaman korang. Jangan lah halang impian saya u ollss. Nak tawu kenapa saya nak lelaki romantik? Sebab nanti dah kawin saya nak selalu pura-pura tertidur kat sofa dan nak si dia angkat masuk bilik dan selimutkan saya. Hihi. Kan best tu ada suami romantik. Nak juga rasa macam Nora Elena selalu dapat bunga banyak-banyak. Nak juga jadi macam Bella, boleh menari berdua-duaan dengan Edward sambil berpandangan mata lama-lama. Lagi best bila boleh selalu dengar bisikan manis si dia yang sumpah orang lain takkan dapat dengar. Lelaki yang tak romantik mana nak buat semua ni?

Beriman
Woo yang ni paling penting woo! Wajib wajib wajib wajib ada pada bakal suami saya nanti. Si dia mesti boleh lead a prayer. Mesti! Saya ni pun banyak kekurangan dan perlu bimbingan dari suami yang macam ni. Mesti syahdu bila solat Subuh berimamkan suami sendiri. Mesti indah perasaan bila boleh pergi tarawih bersama si dia tercinta. Mesti tersentuh hati bila mengaji sama-sama si suami tolong betulkan bacaan tajwid. Kan kan kan? Sebab saya nak kebahagiaan sejati, kebahagiaan yang kekal abadi, bukan duniawi semata-mata (ecececeh).


Sebenarnya tak kisah lah kan macamana rupa pun jodoh kita nanti, yang penting dia boleh jaga hingga akhir hayat. Cuma doa-doa lah selalu supaya dapat jodoh yang senonoh sikit. Orang cakap jodoh yang baik untuk orang yang baik-baik. Siapa nak jadi baik angkat tangan! Saya saya saya saya!!(angkat tangan kaki dan angkat sekali tangan orang-orang kat sebelah biar terserlah sikit keterujaan). Korang pulak, apa ciri-ciri pasangan idaman korang?

2 comments: