♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Thursday, August 11, 2011

Hutang tertunda

Cerita yang tertangguh.

05/08/2011

Saya luka parah. Singa berbaka kacukan bukan sahaja mengganggu emosi mereka-mereka di padang, tetapi turut mengganggu emosi saya hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Jujur. Tempoh hari saya mimpi kentut depan muka Qiu Li dan Durric. Bahaya betul. Bangun pagi tak tahu nak rasa apa seronok ke atau geram. Seronok sebab dapat kentut depan muka si gemuk tua tu. Geram sebab hajat hati nak buat betul-betul. Huahaha! Tengok saya over react lagi! Habis game saya gedik-gedik beritahu teman blogger, si Ayein betapa saya sedih Malaysia kalah. Alan call pun saya mengadu tak puas hati. Itu belum cerita meleret-leret beremosi dengan Redza sampai merajuk-rajuk tak nak terima kenyataan. Huh. Mengada. OK. Saya mula melangkaui batas-batas emosi yang sepatutnya. Maaf. =.=’

Walau apapun, tahniah untuk pasukan Singapura. Nice game. Tahniah dan terima kasih juga buat semua pemain Malaysia. Saya percaya u guys are better than that. Kita tak perlu pemain import, yang kita perlu adalah lebih latihan lagi dan semangat yang berkobar-kobar. Dan kalau boleh nak bagi big big big HUG dekat Khairul Fahmi Che Mat. Tiap kali dia tangkap bola, saya rasa macam nak menangis sebab terlampau terharu. Dasat!

Hey itu cerita bola. Cerita lapuk yang kalau boleh semua orang tak nak ingat lagi. Simpan kemas-kemas dalam lipatan hati, satu hari nanti, pasukan bola sepak kita akan kembali bersinar dan masyhur di persada dunia. Yeah! For now, jangan toreh lagi luka yang sedia berdarah. Cukup. Cukup. 

Owh, kelmarin saya berbuka puasa dengan si buah hati. Riang ria lepas penuhkan perut dengan tom yam campur dan semangkuk Tutti Frutti, saya sempat ke MPH, grab some mag dan cepat-cepat review Bogel Menuju Tuhan. OK Zahiril, I’ll get one! Promise! Bukan sebab ada komen manis Hanis Zhalika kat belakang tu (eleh tak nak mengaku), tapi melalui sedikit sesi selak menyelak dapat saya tangkap beberapa isi menarik di dalamnya. Sangat menarik. Saya mesti beli. Ummphh!

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Moga segala amal ibadah kita diterima.

p/s : Teruknya saya. Terlampau sibuk ke sana ke mari dengan Nadiah Hakimah sampai tak sempat tarik nafas panjang-panjang dan belai blog ini dengan cerita terbaru. Dah hampir seminggu baru dapat menaip entry dengan sempurna. Huaahh.. =.="

1 comment:

  1. akHirnya.. peNAntiaN terbaLAs juGA.. hehe..

    bOLA.. segaLA emOsi and gelagat dapat dilihat bila kalahnya Malaysia di taNgan singapura.. pelbagai isu yang timbuL.. n sangat kesal bila wife kapten singapura mengeluarkan statement 'monyet' terhadap Safee Sali n Amirul Hadi kerana melakukan style bicycle kick. apakah perasaan Safee Ali bila isteri teman baiknya menggelarkannya 'monyet'.. huhu~

    p/s : very appreciate thIs entry.. sangat terkeJut timE baca this entry.. tak saNgka dye aKan mention aYeiN dlm this entry.. thanks a lot dear..!

    ReplyDelete