♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Monday, September 26, 2011

I'm back

Holl- aaaaaaaa.. Uhuk uhuk uhuk! Hoh. Habuk! Homaigod. Homaigod. Sawang sana sini! Apa kau buat ni Dya sampai busy sangat tak sempat jengah baby bloggy ni?? Hoh! 

Owww.. Mana nak mula ni? Take a deep breath kejap eh. Bismillah...

OK. Holla guys. Before u guys start tarik muka ketat-ketat meluat sebab si biskut penulis blog ni yang sepi sekian lama sampai sanggup mengabaikan tanggungjawab meng-update blog, saya ingin susun sepuluh jari tanpa memasukkan sekali jari kaki, kepada semua yang mengenali diri ini (ayat bajet duduk merantau jauh tak mampu beli tiket kapal terbang pergi balik untuk sambut raya dengan keluarga dan saudara mara tercinta), sekiranya sepanjang anda mengenali insan comel jendul berpipi tembam ini, ada terguris, tersinggung atau tersepak terajang yang tidak sepatutnya. Dan untuk semua kawan-kawan yang pada tahun ini tak dapat beraya bersama macam selalu, tak dapat ziarah rumah, tak dapat konvoi raya dari pagi sampai ke malam, tak sempat nak buat sesi salam menyalam laga-laga pipi, ampun maaf saya ucapkan. Terkilan sangat-sangat sebab tak dapat beraya dengan korang. Huuuwwaaaa!!

Sob sob. Sedih tak hilang lagi. Kejap. Tarik nafas dalam-dalam.
Raya tahun ini beri banyak pengertian pada saya. Banyak sangat. Aidilfitri kali ini, kami ke Kuala Lumpur untuk sambut raya dengan nenek sebelah Ayah. Honestly, raya di tempat sendiri lebih indah. Sepanjang di sana, saya terlalu rindu dengan datuk dan nenek di Johor. Tak tahu kenapa. Jiwa saya meronta untuk tatap wajah datuk yang memang sedia uzur.

Dari Dia kita datang, maka kepada Dia juga kita kembali. Syawal 2011 adalah penamat kisah datuk yang sejak saya sebesar telapak tangan, sampai saya dah besar gajah, dari bertatih-tatih, sampai dah boleh berlari, yang menjadi tempat bermanja semasa kecil, yang banyak menyimpan nostalgia zaman kanak-kanak saya. Datuk telah kembali ke Rahmatullah di saat insan lain bergembira di hari raya ke-dua. Aidilfitri terasa kosong tanpa sentuhan tangan tua datuk. Terkilan hati sebab tak sempat tatap wajah datuk buat kali terakhir. Tak sempat membisikkan betapa saya sayangkan datuk. Betapa datuk adalah antara lelaki paling istimewa dalam hati saya. Betapa saya akan rindukan datuk. 

Saya tatap nisan datuk yang kaku. Betapa sayu hati di saat saya usap tanah kubur datuk, sambil membisikkan sayang dan rindu yang takkan pernah mati. Sebenar-benarnya saya benci perpisahan. Saya sakit. Tapi Ayah cakap, dah sampai janji Dia. Setiap yang hidup pasti mati. Cuma doa yang boleh kami kirim, moga datuk aman di sana. Al-Fatihah untuk datuk...

Dan, raya sedikit hilang serinya. Namun tidak kami biar berlalu begitu saja. Masih ada perkara manis yang tuhan beri. Nanti saya akan kongsikan dengan kalian semua. Minggu ini dah mula sibuk dengan tugasan studio. Idea menulis langsung tak datang menjengah. Yang timbul cuma senyum simpul Prof Rahim yang terbawa-bawa sampai mimpi. 

Walau apapun, terima kasih kerana masih sudi menjengah ke blog saya. Love u.

P/s : Terima kasih Dr. Norsiah (pura-pura seperti Dr. Norsiah membaca tiap bait coretan dalam blog).

No comments:

Post a Comment