♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Monday, March 12, 2012

Entry malas

Salaam..


Rindu saya tak? Rindu tak? (eceh perasan banyak peminat)


Sejak dua menjak tiga menjak ini mata susah betul nak lelap. Tak tahu lah kenapa (alah padahal nak cover yang dia makin kuat tidur siang) boleh bertukar tabiat tidur ni. Seriously, saya cukup jaga waktu tidur (dalam erti kata lain kuat tidur) sebab jenis yang susah bangun bila tak cukup tidur.

Kalau masa duduk hostel dulu orang lain boleh study hard sampai pagi, saya awal-awal dah tergolek peluk bantal tarik selimut. Nampak tak pemalas? Bila dah say good bye pada hostel life dan duduk menetap bersama keluarga, lagi tersusun jadual saya. Lewat petang dah siap makan sebab malam memang semua orang tidur awal. Kalau makan pun cuma buah-buahan atau biskut. Pukul sebelas malam dah masuk bilik, calling-calling kejap, berangan kejap dan terus lena. Lagipun aktiviti rumah ni bermula seawal 6 pagi bila mana semua orang bangun bersiap-siap ke sekolah dan ke tempat kerja. Walaupun tak pernah ada kuliah seawal 7 pagi, tapi saya tercongok juga bersarapan dengan mereka yang lain.

Siang pula sebolehnya saya elak untuk tidur. Aktiviti harian saya sekarang amatlah ayu. Kalau tak ke hulu ke hilir dengan Nadiah Hakimah, saya duduk rumah je. Lipat kain baju atau mencuba pelbagai resipi baru dengan Mak (ayu tak? ayu tak?).


Saya sekarang malas yang amat nak update blog. Padahal banyak benda nak kongsi. Pasal resipi masakan baru, kisah kenduri kahwin yang saya hadiri hampir setiap minggu dan novel-novel baru yang saya baca. Internet pun sangat lah laju sejak rumah saya bertukar kepada line wi-fi dan meninggalkan terus 'berukband'. Tak ada alasan. Tapi itu lah. Malas. Online pun sekadar untuk jengah isu-isu baru, check invitations kahwin dari kawan-kawan dan balas komen kawan-kawan di Facebook. Nak kata bersungguh siapkan PSM pun tak lah juga. Gitu-gitu saja.


Please. Kalau boleh. Doakan saya rajin update blog. Kalau boleh lah. Ya.



No comments:

Post a Comment