♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Thursday, February 2, 2012

GASTRIK

Salam.


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Gendang gendut gendang gendut,
Banyak makan perut gendut.


Yeahhh. Tepat sekali. Memang indah perasaan bila dapat makan. Dan kini perut masih penuh dan terasa gendut sebab baru lepas bedal donut dengan kawan sehati sejiwa yang setiap-kali-kami-bertalipon-mesti-mulut-tengah-mengunyah, Nadiah Hakimah. Owh. Harap cuti semester cepat berlalu sebab saya asyik makan makan makan dan makan. =.="


OK. Tajuk je dah cukup nak beritahu apa yang nak saya sampaikan kali ni, so tak yah membebel panjang-panjang (ceh padahal dah masuk perenggan ketiga) sebab saya memang malas menulis sejak akhir-akhir ni. Jari jemari jadi lebih berat daripada punggung. Sama berat dengan perut barangkali.

Tahu apa itu gastrik? Bagi sesiapa yang memang ada gastrik dan pernah kena serangan gastrik yang dasyat, akan tahu betapa seksanya hidup masa tu. Gastrik ada banyak peringkat sebenarnya. Kalau macam saya sendiri, memang dah tahap agak teruk. Sekali dia datang, dua tiga hari terbongkang. Sampai demam-demam. Puncanya senang, makan tak tentu masa, makan main larung apa ada depan mata semua bedal bila dah lapar. 

Sejak dah sedar kepentingan jaga kesihatan perut atau lebih tepat lagi sejak tergolek muntah-muntah dua tiga hari, dicucuk di punggung dan dimasukkan air, baru lah tahu serik kan. Baru tahu nak jaga waktu makan. Baru rasa takut nak skip-skip makan. Kalau tidak, tiap kali bangun lambat sampai terlepas waktu sarapan, tunggu sampai masuk waktu makan tengah hari, baru terhegeh-hegeh nak brunch. Kelas habis lambat takut terlewat masuk kelas sebelah petang, tunggu habis kelas lewat petang baru makan. Malam pulak kalau dah makan petang, memang dah sah-sah takkan sentuh makanan punya sebab takut gemuk. Natijahnya - GASTRIK!


Makanya di sini, saya sebagai seorang penghidap gastrik, mahu memberi sedikit tips kepada anda semua tentang bagaimana mahu menjaga pemakanan bagi mengelak, mengawal, menghindar (dan sewaktu dengannya) daripada diserang gastrik.


1. Pastikan jadual makan teratur. Tak kira nak makan pukul berapa pun, tapi pastikan ianya konsisten setiap hari. Jangan ubah waktu makan sebab orang gastrik ni perutnya sensitif. Lewat makan sikit, tunggu lah kau lagi dua tiga hari, dia datang!


2. Kurangkan makan benda berangin lagi-lagi kipas angin. Hahaha OK tak lawak. Saya pernah tak makan nasi terus pergi bedal pulut kelapa. Ingatnya asal kenyang tak makan nasi pun tak apa. Tak boleh rupanya. Pulut adalah hidangan yang patut dijauhi oleh orang gastrik. Nak makan boleh, tapi pastikan dah makan nasi. Benda lain macam ubi kentang, ubi keledek, pucuk kayu manis dan makanan segera pun tak berapa elok untuk perut sensitif. Air bergas dah tentu-tentunya patut dijauhi. Musuh utama gastrik - COCA COLA.


3. Sentiasa bersedia dengan bekalan biskut atau roti jika keluar dari rumah. Macam saya sendiri, sebelum ke kelas pagi saya akan singgah beli dua bungkus roti coklat atau vanila, walaupun saya dah sarapan pagi. Tujuannya sebagai bekalan kalau dalam kelas nanti perut terasa kosong atau kelas habis lewat hingga tak sempat nak makan tengah hari. Ya. Orang gastrik perlu kerap makan tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Untungnya makan secara berulang dengan kuantiti sedikit ni, badan takkan gemuk dan kadar metabolisme akan meningkat. Buktinya, dalam sehari saya memang berkali-kali buang air. Badan rasa lebih ringan dan segar. (macam buat iklan pelangsingan badan pulak)


4. Kalau gastrik menyerang apa patut kita buat? Jangan bimbang, Doktor Dya ada tips. Pertama, jangan makan apa-apa kecuali bubur nasi kosong tanpa garam. OK kejam. Letaklah sikit garam bagi rasa. Jangan minum air kosong. Seeloknya sentiasa get ready dengan air 100plus yang dah hilang gasnya di dalam peti ais. Kalau dah teruk sangat sampai muntah dan demam, pergi lah klinik. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri, gastrik tak ada ubat. Kita sendiri kena kawal dia sebab kalau makan ubat pun memang tak berakhir siksanya. Cara paling berkesan ketika diserang gastrik, adalah dengan muntah. Bila muntah, angin/gas gastrik yang ada dalam perut akan keluar sekali. Sapu minyak angin macam minyak Cap Kapak ke, minyak Yu Yi ke kat perut tu. Baru lega sikit.


5. Lebih siksa kalau angin gastrik menyerang kepala. Pening dia lain macam, tak macam pening biasa. Yang ini ada orang ajar. Cuba raba-raba kepala di bahagian yang berdekatan telinga. Bila terasa ada urat yang timbul, cuba tekan perlahan-lahan. Kalau rasa sakit, urat tu lah yang dah masuk angin. Urut perlahan-lahan dan sapu dengan minyak angin. Biasanya kita akan sendawa dan rasa nak muntah. Urut terus hingga memuntahkan lendir angin. Lepas tu baru akan rasa lega sedikit.


6. Bila perut dah terasa lega, jangan ambil makanan yang pedas atau banyak rempah. Yang berminyak pun kalau boleh elakkan buat sementara waktu. Beri ruang untuk perut pulih secara perlahan-lahan. Banyakkan makan bubur nasi dan jangan lupa, teman karib kita - 100plus. Lepas dah baik, jangan pula mula kembali tabiat lama makan tak tentu masa. Itu namanya buang tabiat. Saja je nak menempah penyakit. 


Macam mana? Perit kan? Memang perit. Tapi inilah harga yang kita perlu bayar setelah mengabaikan kesihatan perut kita selama ini. Oh ya. Orang gastrik pun boleh puasa. Ramadhan cuma setahun sekali, rugi kalau terlepas nikmat berpuasa macam orang lain. Kan. Syaratnya, jangan lupa bersahur. Jangan makan yang pedas-pedas dan tetapkan hati untuk tambah amal ibadat. Harap lepas ni kita sama-sama akan lebih ambil berat kesihatan kita. Jangan pandang ringan sebab gastrik juga boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius kerana dinding perut kita yang terluka akan bertambah parah dari sehari ke sehari.


Itu saja untuk kali ini. Salam Jumaat. =)



11 comments:

  1. thanks for the info... tgh diserang gastrik ni.. nk mkn pun x lalu... 100+ membantu rupanya..hehe.. sblm ni jmpa doc jer terus ambk ubat...

    ReplyDelete
  2. Gastrik ni mmg jenis dtg tiba2 ke??.. semalam sy berguling dlm bilik dr pkul 10 mlm smpai subuh.. semuanya mula bila lepas makan kat restoran Mama Chop. Lepas makan tu terus g Jusco jap beli2 barang, masa tgh jalan2 cr barang, rasa semacam dah dlm perut, heran jgk kenapa ttba perut mengembung ni.. so terus sy balik, masa lepak2 dlm bilik, perut duk makin mengembung, mula rasa sakit sikit. Sy terus igt nk tido je lah.. kot sok bangun2 dah baik.. tapi baru je baring, pehhh... terus datang rasa sakit yg sgt.. mcm2 posisi saya baring, semua sakit.. sy pegi buang air, normal je tak da mcm keracunan.. perut masih sakit jgk.. ish.. xkan sbb lapar? saya g bukak peti ais, makan roti + cheesedale.. lepas makan, lagi sakit.. sy teringat plak org kata, perut berasid, sy pn minum plak susu sbb igt susu alkali.. pehh.. lagi mengembung perut.. rs mcm nk pecah.. sampai tergerak dlm hati, Allah nak ambil nyawa aku ke malam jumaat ni??.. bertuah jgk aku, mati mlm jumaat sbb sakit perut.. duk terguling2 atas lantai tba2 rasa nk try muntah.. sbb nk buang angin kot blakang tak nak kuar.. lepas bjaya muntah wah.. tba2 rasa kurang sikit angin dlm perut.. waktu pn dah subuh, lepas smayang sy try muntah lagi.. keluar abis susu2 yg minum td.. rasa lagi ok.. dgn badan lemah tak tido.. terlelap saya atas lantai smpai pkul 9 pagi.. bangun2 je rasa lapar gila.. lepas brekfest nasi goreng, baru angin mula keluar sikit2.. skrg ada lagi angin tu dlm perut.. tp lepas lunch sume, boleh lah tahan.. dpt jgk wat keje.. begitulah kisah penderitaan saya semalam. First time jd cmtu.. takut sgguh dia datang plak second time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da kembung.. pastu salah ambil makanan yg mmg tak boleh diambil

      Delete
  3. trm ksih ats prkongsian ni. Saya suka bc pngalaman orang yg ada gastrik sbb sy pn ada gastrik jg. insya.Allah skrg dlm proses smbuh sepnuhnya

    jmput ke blog saya juga sis
    www.nursabrinamohdarip.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. As salam. Thanks atas perkongsian. First time terkena serangan gastrik yg agak terok. Agak panik jugak.. Semoga sis murah rezeki & diberi kesihatan yg baik. Amiiin..

    ReplyDelete
  5. terima kasih...ilmu baru...mutahkan sbb muntahkan angin...sbb sy sblom ni mati2 tanak muntah sbb takut kua sume makanan perut makin sakit...rupanya kena muntahkan...tenks2..

    ReplyDelete
  6. terima kasih...ilmu baru...mutahkan sbb muntahkan angin...sbb sy sblom ni mati2 tanak muntah sbb takut kua sume makanan perut makin sakit...rupanya kena muntahkan...tenks2..

    ReplyDelete
  7. boleh terangkan apa sahaja peringkat-peringkat orang kena gastrik ni?

    ReplyDelete
  8. 1st kena masa I Di Japan . Business trip 8 hari sebelum fly dah rasa Tak sedap perut sampai sana mak aiii hanya tuhan Yg tahu.i ni jenis pattern Tak suka amalkan makan ubat ,Konon Konon nak ubat cara organic �� .berguling guling jugak tahan sakit ,sampai jer Malaysia I dah Tak tahan pergi clinic and ambil antacid and beransur pilih dalam masa 3 hari .itu Tak teruk sangat.

    2nd time kena serang awal tahun 2017 hurmmm banyak kawan invite party dekat rumah Dia so makan Tak ingat dunia laaa bedal sajer and mmg time tuh kebanyakan makanan semua pedas2. Then perut rasa Tak sedap and I. Pon Tak rasa Yg gastric nak serang so I minum fav drink I laa teh ice�� Hari hari sampai lah 3 hari lepas party tuh zapppp I kena serang sampai menagis kali ni mmg teruk ,ambil antacid mmg Tak jalan hanya mampu tahan 3 jam jer then pergi hospital and dr hanya beri nexium 24 bukan Takat satu bilik for 24 h I terpaksa makan 5-6 bibik sehari .hanya tuhan Yg tau sakitnya mmg serik. So tomorrow I nak try makan bubur and 100 plus hope getting better la ����

    ReplyDelete
  9. Perut sye skit da 3hari. Tpi x berkurang pon skitnye. Angin dlm bdn ni pon x nk kluar. Sye da try utk muntahkn ape yg sye mkn tpi x bole. Ttp x nk kluar jadi perut sye masih rse skit. Mcm mne nk buang angin dlm bdn ni. Sye x thn skit sngt

    ReplyDelete
  10. Seksanye kalau kena..berguling2 melawan angin

    ReplyDelete