♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Thursday, June 9, 2011

Rather have brains than beauty

Holla! How is everyone doing? Hope semuanya sihat sejahtera dan mampu melalui hari dengan segar bugar dan senyum manis meleret sampai ke telinga. Kata orang kalau kita selalu senyum wajah akan awet muda. Betul ke tidak tu tak tawu la. Tapi kalau muka 24jam asyik berkerut dengan mulut keras tak pandai ketawa confirm confirm la cepat nampak tua. Umur belum pun 23 tapi bila suruh orang teka umur mesti ramai sebut "Rasanya muda lagi awak ni, mesti belum 30 lagi kan?" 

Sebut pasal muda, teringat zaman saya muda-muda dulu(terasa tua sangat diri ni bila dibaluti kemeja belang dan seluar slack dengan muka kendur mengadap PC di satu sudut pejabat =.=" ). Zaman remaja ketika masih di bangku sekolah dulu. Kalau nak tawu saya di sekolah dulu memang selekeh yang amat. Dengan tudung labuh tutup dada, baju besar dua kali dari badan, dan bawa buku sepenuh-penuh beg. Memang nerd gila. Seingat saya sepanjang bersekolah hingga tingkatan 5, saya tak pernah ada hati nak berpacaran. Nak kata ada peminat di kalangan budak lelaki tampan di sekolah jauh la sekali. Saya memang tak pandai nak bergaya ke sekolah. Tak pandai nak pakai baju kurung sendat ikut bentuk badan dan kain ketat yang singkat sampai nampak buku lima eh buku lali. Tak pandai nak pakai bedak tebal-tebal dan pakai celak bagi mata nampak besar galak. Langsung tak pandai nak pakai perfume sembur satu badan sampai bila masuk kelas semua naik pening. Nak minta Mak beli beg baru selang satu bulan untuk di bawa melaram ke sekolah jauh la sekali.

Ayah dan Mak sporting. Tapi tidak untuk membenarkan saya melepak di bus stop setiap kali balik dari sekolah atau sekadar berlegar-legar dengan uniform sekolah di shopping complex. Balik rumah mesti on time. Hujung minggu pula ada saja aktiviti kami sekeluarga. Kalau tak pun kami ramai-ramai berkumpul  depan TV tengok cerita Shah Rukh Khan sambil makan keropok. Ayah sangat memanjakan saya. Kalau nak keluar beli barang keperluan Ayah temankan. Nak beli baju baru dan pakaian dalam pun Ayah bawa. Kami lima beradik semua perempuan. Saya boleh tengok betapa teliti Ayah membesarkan kami semua. Sebab tu bila di sekolah saya memang tak berani nak buat perangai. Biar la orang kata saya comot. Biar la budak lelaki tampan kat sekolah bila lalu sebelah saya buat-buat tak nampak atau sekadar menjeling sebelah mata. Biar la kawan-kawan lain sibuk isi masa lapang dengan keluar berdating dan bila dalam kelas sentiasa ada cerita tentang boyfriend baru dengan teman sekepala. Saya cuma mampu untuk berpura-pura tak peduli(ayat tak boleh tahan).

Tapi saya pelajar kesayangan guru. Saya pernah pecah rekod masa darjah enam dapat nombor satu berturut-turut sepanjang tahun. Saya tak pernah terkeluar dari senarai top 10 semasa sekolah menegah. Dan saya sering di buru(lagi sekali ayat tak boleh tahan) oleh kawan-kawan yang nak meniru kerja sekolah atau meminta jawapan di dalam dewan peperiksaan. Owh kalau lah boleh kembali ke waktu itu..(sambil pejam mata genggam dua tangan dan bawak ke dada sambil muka mendongak ke langit)

Seriously, saya tengok kawan perempuan yang dulu jadi perhatian dan idaman di sekolah yang tepek bedak 2-3 inci pakai baju ketat-ketat dan berbau wangi sepanjang masa tu tak ke mana pun. Mostly semua dah berkahwin dan dah hilang vogue sebab sibuk kelek anak pulak. Ada yang dulu selalu perli-perli cakap saya selebet tinggi keding macam bini popeye(sumpah buruk OK bini popeye tu) sekarang bila jumpa saya di pasar raya macam malu-malu nak tegur dan saya pun macam tak percaya mereka yang dulu bukan main comel anggun bergaya sekarang dah macam amah Indon jiran belakang.

Saya bukan nak bangga diri, jauh sekali nak bagitawu hey semua saya pandai, comel dan menakjubkan, tidak. Cuma saya nak bagitawu adik-adik kat luar sana yang sangat tak pandai menghargai zaman persekolahan mereka. Adik-adik, waktu sekolah la waktu untuk kita belajar sungguh-sungguh. Kalau dah sibuk nak bercinta, merosakkan diri, jiwang-jiwang meleweh-leweh segala bagai, macamana nak berjaya dalam hidup? Timba ilmu, cari kawan banyak-banyak, cipta kenangan manis dan pasang angan-angan nak ke universiti. Tapi dah masuk universiti nanti jangan pula masih sibuk nak cari boyfriend(ceh bagi nasihat tak hengat) kalau cari pun cari la yang smart yang pandai yang bila grad confirm boleh dapat kerja bagus.

Satu lagi, tak ke mana pergi nya bercinta masa sekolah. Cuba tunjuk contoh pasangan yang dulu loving couple sampai lupa nak belajar dan duduk termenung dalam kelas waktu cikgu mengajar yang sekarang masih bersama bahagia dan berjaya, ada? Kalau ada pun yang suami kerja bengkel yang isteri jaga anak kat rumah tiap hari gaduh sebab duit tak cukup nak beli lampin anak. Nak jadi macam tu?

Ya duit bukan segalanya. Tapi Ayah selalu pesan, kalau lelaki tu sayangkan kita, dia yang akan berusaha untuk majukan diri dia demi nak beri kita kehidupan yang sempurna. Dan salah satu kesempurnaan adalah kehidupan yang selesa yang cukup pakai makan minum semua. Dan salah satu cara untuk mencapai semua ni adalah dengan belajar sungguh-sungguh, ikut cakap Mak Ayah dan jangan rosakkan diri sendiri. Bila dah kerja bagus, balas jasa Mak Ayah, baru boleh cari suami handsome, wangi-wangi dan yang penting yang boleh jaga makan minum kita. Betul tak?

Tapi jangan pula dah kerja dan ada duit banyak nanti masih selekeh pakai baju kurung dan sarung kasut sport dengan beg belakang. Lupakan saja impian nak dapat pasangan segak kacak bergaya lagi menawan ya. Ingat, imej yang bersih, kemas dan indah itu penting kerana ia akan memberi keselesaan kepada orang di sekeliling kita. Dan. Dan. Dan imej perlu lah seiring dengan budi pekerti dan akal pemikiran, baru la orang panggil beauty with brains.


Owh tidak Dya, u are not that good to have something like THIS.

p/s : I believe in an open mind, but not so open that your brains fall out.

10 comments:

  1. baju krung,kasut sport,beg blakg..
    tsk tsk..*terasa,hahha

    ReplyDelete
  2. haha.dun worry,dya pun kdg2 mcm tu gak kalau g kelas,lg2 kalau kena bawak laptop.siap pakai selipar jamban lg.haha.

    ReplyDelete
  3. kadang2 tgk perempuan pakai bj kurung, beg belakang n sports shoes nmpk cool...depends on whose wearing it..jangan lah pakai baju kurung bunga beso2, beg colour pink n sport shoes yg kuning...correct colour combination lah...pakai Converse lg sesuai kan...
    eh terkomen panjang pulak...anyway thanks following my blog...nice knowing ya...
    follow back :)

    ReplyDelete
  4. afiek:yup.comel apa.i got one fren yg sgt sempoi pakai baju kurung cotton dengan converse putih.sesuai dgn imej die.have a good day ya. =)

    ReplyDelete
  5. hye..blogwalking...http://rimadania.blogspot.com (^^,)

    ReplyDelete
  6. this is deep. lagi deep dari joni dip.

    ReplyDelete
  7. beb, kau lupa nak delete
    sumber: http://adibyusoff.blogspot.com/2011/06/tingkatkan-rating-blog-anda-dengan.html#ixzz1PsFJRrOJ

    dekat bawah facebook like button tu.
    check balik ok? :)

    ReplyDelete
  8. ok dah.thanx.xperasan langsung. =.="

    ReplyDelete