♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Monday, July 4, 2011

Desaru

Tengok tajuk entry yang pendek kali ni pun dah boleh agak betapa malasnya saya nak menaip. Tapi untuk menghilangkan kebosanan setelah berhari-hari tengok blog sendiri tak ber update, saya rajinkan diri meng upload gambar untuk tontonan sendiri dan mungkin rakan-rakan blogger lain yang sudi menjengah. Ceh ayat sedih tolonglah pura-pura sudi sekarang.

Sebenarnya langsung tak plan nak berkelah. Semua sedang melangut tengok TV lepas kekenyangan makan tengah hari waktu Ayah call dan buat kejutan ajak ke Desaru petang itu juga. Maka, capai je apa yang patut dan cuma sempat sediakan sandwich kosong tanpa keju dan mentimun. Sadis.

Baru sampai. Sebelum pantai dipenuhi manusia, baik cepat-cepat cop tempat!

Picnic bidan terjun, nasib baik ada spare tikar getah dalam kereta.

Muka gembira walaupun terpaksa pasrah cuma mampu makan sandwich dan keropok.

Budak ni nampak sangat tak puas hati tak dapat makan nasi lemak sambal udang macam Mak selalu buat tu.

Mana satu yang lebih ceria? Senyuman Agib atau payung? Errr payung!

Feel je lebih, padahal saya tak mandi pun. Kesian kulit sensitif sampai naik gatal-gatal kalau kena air laut.

Hoh, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..

Byna.

Kejap kejap. Semua gambar nak kena bagi description ke? Dah dah jangan nak manja sangat. Tengok je gambar dan sila bagi description sendiri ya. =p










Hahahahaha.. Yang ini perlu bagi description. Tengok mereka terlalu berat sampai tak mampu melompat! Hahahahaha.

Baru nak romantik sikit, Mak dah menjeling pulak di belakang tu. Aiseh.

OK Ok. Sambil pura-pura menjadikan payung sebagai penghadang. =p

Itu sahaja untuk kali ini. Nak sambung buat kerja (Owh praktikal tinggal kurang lagi dua minggu. Cepatlah. Cepatlah.) Daaa.

4 comments:

  1. berat la syg nk upload byk2..huhu

    ReplyDelete
  2. hye..singgah jugak hehe...
    SUKA...LIKE LIKE LIKE gambar kat atas... cantek2 lah..pakai kamera apa dya?

    ReplyDelete
  3. hehe.. niCe weEkeNd kn.. t lepak la kt tutti fruiti. ley upload gMbr sMpi peNgsan.. heHe..

    ReplyDelete