♥ Mia Heart Beating ♥

My photo
♥ Holla. Call me Dya. Just wanna drop some thoughts and as what u can see, i'm recording my journey here. Well I'm just an ordinary person, simple, lovable (annoying sometimes) and u guys are very welcome to be my friends. Single, but not available. Taken, but not possessed. Have a nice day!

Wednesday, March 21, 2012

Everyone is happy!

Salaam..


Sorry. It has been a while since I’ve posted something in my blog. Busy sangat ke dengan PSM? Nope. Haha. What? You all ingat I'm that 'rajin' to spend the whole day writing PSM? Definitely not. Cuma dalam seminggu kami akan buat discussion sesama sendiri dan jumpa Prof Amran to show some progress. Setakat ini semuanya baik-baik saja. Aktiviti seharian saya masih macam biasa. Kalau tak ke kelas, berkepit je lah dengan perempuan itu, Nadiah Hakimah. And I'm planning to renovate my room, Insyaallah dalam seminggu dua lagi. Owh Rajin, datanglah kepadaku!

By the way, have you ever felt so down? Disappointed? Or at some point, disgusted? Yup I did. Bukan sekali, but over and over again some evil beings have whispered that I should not sacrifice so much for those who never seem to appreciate things that I do for them. Sometimes I got swayed by the whispers. Buat apa nak tolong orang kalau hati kita sakit? Betul tak? But then I realized it’s good to help people. If they don’t appreciate it, Allah does. Kena ikhlas. And don't put high expectations on humans, even on someone you have known for over 10 years. Don't ever do that. Sebab bila kita mengharap sesuatu dari orang yang kita tolong, kita akan mula mengungkit dan tidak ikhlas. Pahala pun tak dapat. Betul tak? Rugi.

Kadang-kadang kita elok hidup tak kacau orang. Pun ada orang tak puas hati buat jahat dengan kita. Perlu ke kita balas? Please. Don't put yourself on the same level as them. We need to remind ourself over and over again, "If they do evil things, I still need to do good things. The evil will get their punishment. The good will receive their rewards too." In the end, this is what it means by doing something because of Allah. If we always think like that, no humans can make our life miserable as everything we do is for Allah. Allah is The Greatest. No matter how bad the situation is, try to plant in your mind that everything happens for a reason. Remember that Allah has said that semua yang jadi ada Hikmah behind them. As long as the bad experience doesn’t kill you, it will make you stronger. All you need to do is to get back up on your feet, be very patient and always do the best for your future.

OK? Good.


Hahaha.. enough with me already. How about you? I believe that if we give our best to achieve something, we will achieve it, unless Allah have something greater in store for us. Insyallah.


Monday, March 12, 2012

Entry malas

Salaam..


Rindu saya tak? Rindu tak? (eceh perasan banyak peminat)


Sejak dua menjak tiga menjak ini mata susah betul nak lelap. Tak tahu lah kenapa (alah padahal nak cover yang dia makin kuat tidur siang) boleh bertukar tabiat tidur ni. Seriously, saya cukup jaga waktu tidur (dalam erti kata lain kuat tidur) sebab jenis yang susah bangun bila tak cukup tidur.

Kalau masa duduk hostel dulu orang lain boleh study hard sampai pagi, saya awal-awal dah tergolek peluk bantal tarik selimut. Nampak tak pemalas? Bila dah say good bye pada hostel life dan duduk menetap bersama keluarga, lagi tersusun jadual saya. Lewat petang dah siap makan sebab malam memang semua orang tidur awal. Kalau makan pun cuma buah-buahan atau biskut. Pukul sebelas malam dah masuk bilik, calling-calling kejap, berangan kejap dan terus lena. Lagipun aktiviti rumah ni bermula seawal 6 pagi bila mana semua orang bangun bersiap-siap ke sekolah dan ke tempat kerja. Walaupun tak pernah ada kuliah seawal 7 pagi, tapi saya tercongok juga bersarapan dengan mereka yang lain.

Siang pula sebolehnya saya elak untuk tidur. Aktiviti harian saya sekarang amatlah ayu. Kalau tak ke hulu ke hilir dengan Nadiah Hakimah, saya duduk rumah je. Lipat kain baju atau mencuba pelbagai resipi baru dengan Mak (ayu tak? ayu tak?).


Saya sekarang malas yang amat nak update blog. Padahal banyak benda nak kongsi. Pasal resipi masakan baru, kisah kenduri kahwin yang saya hadiri hampir setiap minggu dan novel-novel baru yang saya baca. Internet pun sangat lah laju sejak rumah saya bertukar kepada line wi-fi dan meninggalkan terus 'berukband'. Tak ada alasan. Tapi itu lah. Malas. Online pun sekadar untuk jengah isu-isu baru, check invitations kahwin dari kawan-kawan dan balas komen kawan-kawan di Facebook. Nak kata bersungguh siapkan PSM pun tak lah juga. Gitu-gitu saja.


Please. Kalau boleh. Doakan saya rajin update blog. Kalau boleh lah. Ya.



Thursday, February 2, 2012

GASTRIK

Salam.


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Gendang gendut gendang gendut,
Banyak makan perut gendut.


Yeahhh. Tepat sekali. Memang indah perasaan bila dapat makan. Dan kini perut masih penuh dan terasa gendut sebab baru lepas bedal donut dengan kawan sehati sejiwa yang setiap-kali-kami-bertalipon-mesti-mulut-tengah-mengunyah, Nadiah Hakimah. Owh. Harap cuti semester cepat berlalu sebab saya asyik makan makan makan dan makan. =.="


OK. Tajuk je dah cukup nak beritahu apa yang nak saya sampaikan kali ni, so tak yah membebel panjang-panjang (ceh padahal dah masuk perenggan ketiga) sebab saya memang malas menulis sejak akhir-akhir ni. Jari jemari jadi lebih berat daripada punggung. Sama berat dengan perut barangkali.

Tahu apa itu gastrik? Bagi sesiapa yang memang ada gastrik dan pernah kena serangan gastrik yang dasyat, akan tahu betapa seksanya hidup masa tu. Gastrik ada banyak peringkat sebenarnya. Kalau macam saya sendiri, memang dah tahap agak teruk. Sekali dia datang, dua tiga hari terbongkang. Sampai demam-demam. Puncanya senang, makan tak tentu masa, makan main larung apa ada depan mata semua bedal bila dah lapar. 

Sejak dah sedar kepentingan jaga kesihatan perut atau lebih tepat lagi sejak tergolek muntah-muntah dua tiga hari, dicucuk di punggung dan dimasukkan air, baru lah tahu serik kan. Baru tahu nak jaga waktu makan. Baru rasa takut nak skip-skip makan. Kalau tidak, tiap kali bangun lambat sampai terlepas waktu sarapan, tunggu sampai masuk waktu makan tengah hari, baru terhegeh-hegeh nak brunch. Kelas habis lambat takut terlewat masuk kelas sebelah petang, tunggu habis kelas lewat petang baru makan. Malam pulak kalau dah makan petang, memang dah sah-sah takkan sentuh makanan punya sebab takut gemuk. Natijahnya - GASTRIK!


Makanya di sini, saya sebagai seorang penghidap gastrik, mahu memberi sedikit tips kepada anda semua tentang bagaimana mahu menjaga pemakanan bagi mengelak, mengawal, menghindar (dan sewaktu dengannya) daripada diserang gastrik.


1. Pastikan jadual makan teratur. Tak kira nak makan pukul berapa pun, tapi pastikan ianya konsisten setiap hari. Jangan ubah waktu makan sebab orang gastrik ni perutnya sensitif. Lewat makan sikit, tunggu lah kau lagi dua tiga hari, dia datang!


2. Kurangkan makan benda berangin lagi-lagi kipas angin. Hahaha OK tak lawak. Saya pernah tak makan nasi terus pergi bedal pulut kelapa. Ingatnya asal kenyang tak makan nasi pun tak apa. Tak boleh rupanya. Pulut adalah hidangan yang patut dijauhi oleh orang gastrik. Nak makan boleh, tapi pastikan dah makan nasi. Benda lain macam ubi kentang, ubi keledek, pucuk kayu manis dan makanan segera pun tak berapa elok untuk perut sensitif. Air bergas dah tentu-tentunya patut dijauhi. Musuh utama gastrik - COCA COLA.


3. Sentiasa bersedia dengan bekalan biskut atau roti jika keluar dari rumah. Macam saya sendiri, sebelum ke kelas pagi saya akan singgah beli dua bungkus roti coklat atau vanila, walaupun saya dah sarapan pagi. Tujuannya sebagai bekalan kalau dalam kelas nanti perut terasa kosong atau kelas habis lewat hingga tak sempat nak makan tengah hari. Ya. Orang gastrik perlu kerap makan tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Untungnya makan secara berulang dengan kuantiti sedikit ni, badan takkan gemuk dan kadar metabolisme akan meningkat. Buktinya, dalam sehari saya memang berkali-kali buang air. Badan rasa lebih ringan dan segar. (macam buat iklan pelangsingan badan pulak)


4. Kalau gastrik menyerang apa patut kita buat? Jangan bimbang, Doktor Dya ada tips. Pertama, jangan makan apa-apa kecuali bubur nasi kosong tanpa garam. OK kejam. Letaklah sikit garam bagi rasa. Jangan minum air kosong. Seeloknya sentiasa get ready dengan air 100plus yang dah hilang gasnya di dalam peti ais. Kalau dah teruk sangat sampai muntah dan demam, pergi lah klinik. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri, gastrik tak ada ubat. Kita sendiri kena kawal dia sebab kalau makan ubat pun memang tak berakhir siksanya. Cara paling berkesan ketika diserang gastrik, adalah dengan muntah. Bila muntah, angin/gas gastrik yang ada dalam perut akan keluar sekali. Sapu minyak angin macam minyak Cap Kapak ke, minyak Yu Yi ke kat perut tu. Baru lega sikit.


5. Lebih siksa kalau angin gastrik menyerang kepala. Pening dia lain macam, tak macam pening biasa. Yang ini ada orang ajar. Cuba raba-raba kepala di bahagian yang berdekatan telinga. Bila terasa ada urat yang timbul, cuba tekan perlahan-lahan. Kalau rasa sakit, urat tu lah yang dah masuk angin. Urut perlahan-lahan dan sapu dengan minyak angin. Biasanya kita akan sendawa dan rasa nak muntah. Urut terus hingga memuntahkan lendir angin. Lepas tu baru akan rasa lega sedikit.


6. Bila perut dah terasa lega, jangan ambil makanan yang pedas atau banyak rempah. Yang berminyak pun kalau boleh elakkan buat sementara waktu. Beri ruang untuk perut pulih secara perlahan-lahan. Banyakkan makan bubur nasi dan jangan lupa, teman karib kita - 100plus. Lepas dah baik, jangan pula mula kembali tabiat lama makan tak tentu masa. Itu namanya buang tabiat. Saja je nak menempah penyakit. 


Macam mana? Perit kan? Memang perit. Tapi inilah harga yang kita perlu bayar setelah mengabaikan kesihatan perut kita selama ini. Oh ya. Orang gastrik pun boleh puasa. Ramadhan cuma setahun sekali, rugi kalau terlepas nikmat berpuasa macam orang lain. Kan. Syaratnya, jangan lupa bersahur. Jangan makan yang pedas-pedas dan tetapkan hati untuk tambah amal ibadat. Harap lepas ni kita sama-sama akan lebih ambil berat kesihatan kita. Jangan pandang ringan sebab gastrik juga boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius kerana dinding perut kita yang terluka akan bertambah parah dari sehari ke sehari.


Itu saja untuk kali ini. Salam Jumaat. =)



Monday, January 23, 2012

Introducing the most annoying people on the planet


“Eleh tiba-tiba je pakai tudung. Hipocrite jew. Nak tunjuk baik lettew euw euw.”

“Isy minah ni, muka monyok macam mengkudu kecut. Berlagak.”

“Shit. Musim-musim perayaan macam ni lah banyak buat roadblock! Nak cari duit tepi agaknya.”

“Kalau dah pemimpin mereka pun macam ni, orang yang menyokongnya pun sama lah. Masuk neraka semua ni.”

Nampak? Kadang-kadang kita tak sedar pun apa kita cakap. But yes. Kita selalu macam ni kan? Selalu. And we live in a society that judges one another. Bukan sebab kita care for each other, but because we think we are better than others. Tak boleh tipu, there are times I am a bit judgemental too. We all live with preconceived notions of what is right and wrong, and the minute someone or something doesn’t fit our bill of perfection, naaahhh - we become judgmental.

We much rather judge others than look at our own issues. Sedangkan kita sendiri tak sempurna dan banyak kurang. It’s the perfect cover kan. We see someone, and based on their looks/actions, we pass judgment on them. We don’t even bother to get to know these people. We see something they do, and get angry at it, or disappointed with them, or think worse of them. We judge, without understanding - Kenapa dia macam ni? Kenapa apa yang dia fikir tak sama dengan aku? Why she’s like that? Why he’s like this? Sebaliknya kita terus buat kesimpulan. And that’s the end of it.

Ladies and gentlemen,

Nobody likes feeling judged. We don’t like other people feeling so high and mighty as to judge us too. Agree? Thanks. Believe me. By being judgemental, we actually expect people to conform to our way because we think our way is the only correct way (that does not necessarily mean we know better). Please la. Mana boleh kita paksa orang ikut cara kita? Dan macamana kita nak pastikan apa yang kita fikir, itulah yang terbaik? Saya pernah baca satu artikel tentang bagaimana nak hidup aman, tenteram dan bahagia? - Stop Being Judgemental.


So, how to stop or at least make a conscious effort to stop being judgemental as often? Here are some tips.

Give yourself time for a second thought
If u’ve ever been in the situation where u thought someone was a complete idiot (saya selalu), take a pause for thought. It will give u more rounded and fair opinion. Macam kita selalu dengar, put urself in their shoes. Try to imagine their background and try to imagine the circumstances that might have led to the person acting or looking like they do. And once u got to know them a bit better, u may changed ur mind and then u’ll know what I mean.

Just accept them as they are
Tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni, so are u. Tiapkali kita cuba judge orang, ingatkan diri kita “Aku pun tak sempurna.” Belajar terima kekurangan orang lain, dan yang penting, treat others with the same way we want them to treat us. Kita pun mesti tak nak orang suka-suka judge kita the wrong way, betul tak? Maka kita mesti belajar terima orang lain juga, jika kita mahu diri kita diterima.

This can be difficult at first, but if u can train ur mind to accept people and things for who and what they are (instead of who or what they should be), then u’ll be on the right track.

Stop trying to change others
Quite often the judgemental side of us is actually a thinly disguised attempt to change the people around us. We feel that if we’re judgemental often enough then they will change or maybe improve to meet our high standards. Buka mata luas-luas. Kita pun cannot change at whim to meet the different standards of everyone we meet kan? Boleh gitu? Impossible.

Stop being close-minded
Well, let’s not become rigid as a person. Why? Because it might stop u from change and develop urself. Of course, it's good to work out what ur own opinions and tastes are - that's part of becoming a mature individual, and why shouldn't u stick with what u know u like? But come on. It is important to remember we are all diverse and have different lifestyles and reasons for making choices we wouldn't make in our own lives.Hidup ni berwarna-warni. U needs to learn to mix urself around different people with different ‘colour’. Why should u bar urself from interact with people who are different from u? Kan tak seronok kalau semua orang sama? Kan?


Macamana? Dah sedar diri tak yang selama ni kita juga seorang yang judgemental? Apa lagi, jom lah berubah. To be honest, I have been working on becoming non-judgmental for several months now. It is a work in progress. Ya I admit it’s hard. Sebab kita manusia biasa. Tak pernah mahu berhenti dari mencari kesempurnaan. But slowly when u discovers that not everything in the world pleases u, u will strive to avoid those things that u didn't enjoy the first time around. So, good luck. May we all be judgment free and happy always. Love u.

Those who know less, judge more. Those who know more, judge less. - Sayyid Alawi Al Abbas.

 P/s : Entry yang ditulis laju-laju sebab tak sabar nak bedal nasi lemak ayam di tengah malam. Yieehhaaa!

Friday, January 13, 2012

Entry ringkas

Salam. 

Jadi manusia jangan terlalu suka cari salah orang lain, sampai lupa lihat diri sendiri. Lepas tu beritahu satu dunia, aibkan orang lain. Sedangkan kita lupa, orang judge kita is not by looking on what other people said about u, but what u have said about other people. Pelik dengan sikap manusia yang suka mengata di belakang, tanpa tahu hujung pangkal cerita sebenar. Please lah. Buat benda berfaedah sikit. Satu lagi, Facebook bukan tempat untuk beritahu apa-apa yang u tak puas hati dengan orang lain, buka aib orang. Owh come on. It just show how stupid and immature u are.

Faham? OK good.


Tuesday, January 10, 2012

2012

Salam. Well this gonna be my second post for this year. Masih belum terlewat rasanya untuk saya ucap selamat tahun baru kepada semua. Kan. So, Happy New Year everyone!


I can’t believe that it is already 2012(cubit pipi sendiri). Time moves really fast kan. And I’m gonna be 24 this year? What?? Owh I still can’t believe it. Rasa macam baru semalam terkinja-kinja dengan Nobi tengok konsert band Bunga Matahari(I won’t forget that part.haha). Riang-ria melepak lepas habis sekolah, tengok wayang ramai-ramai. Macam baru semalam jejak kaki ke UTM, jumpa kawan baru dan teruja dengar kuliah pertama. Jiwa remaja tu ada lagi. Segar lagi. Tak sangka secepat ini waktu berlalu. Mak pesan lepas ni tolonglah buang perangai budak-budak tu. No more bantal busuk. No more jerit-jerit mengigau tengah malam. Bangun pagi kena buat sarapan sendiri. =p

Bila baca entry yang lepas-lepas, saya tergelak sendiri. Malu sendiri. Beremosi je lebih. Tapi tak nak padam sebab semua tu jadi bukti betapa melalui penulisan banyak mematangkan saya. Everybody makes mistakes. Same goes to me. Because if u are making mistakes, then u are making new things, trying new things, learning, living, pushing urself, changing urself, changing ur world. U're doing things u've never done before, and more importantly, u’re doing something.

So, what are u planning to do during year of 2012? I have written on my previous post that I’ll share some of my stuff with u all. I have lots in mind. Lots. And I hate it when I cannot plan what I’m gonna do this year. I have too many things to do which I simply don’t know how everything will turn out to be. I am a planner and I usually have a plan laid out for this year. Sometimes things follow the plan and sometimes they don’t, but at least I would have a clear flow on how this year is gonna turn out to be.

Short list yang mampu dibuat setakat ni :

1. My final semester

2. My PSM

3. My graduation!!

4. My first full-time job

Wow. It seems like this year will be the most hectic year of my life. And most probably one of the biggest event in my life is going to happen this year too. Insyaallah. So, should I be happy, excited, scared or what?


Friday, January 6, 2012

Exhausted

Salam. Holla! Hey ya beautiful people. How u guys doing? Doa saya moga semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Aaaah I know. I know. I’m sorry for the absence from the blogging world - AGAIN. Well, I am in the middle of final exams week right now. Alhamdulillah, Allah helped me a lot to go through these tough times. VIVA baru selesai pagi tadi. Syukur saya lulus dan dah boleh proceed with the next stages. 

Oh my god. I’m so tired. Very tired. Damn tired. These few weeks have been really tough on me. I am only taking 4 classes and also, ‘Darling Studio’. But most of them are extremely painful courses. Why? Because every single course have tons of homework, tons of projects and tons of things to study. I did not procrastinate – I tried to do almost everything on time, and it results in not having enough time to rest, since I spend every single day trying to finish up the homework that is given that week and the projects. The workload is endless hingga saya tak ada masa nak berlibur bersama kawan-kawan. I swear its true.

Hmmm.. These few recent events, I really feel like Allah has chose them for me. He has chosen the best path for me. Alhamdulillah.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Today is Friday. Dan untuk sem ini, semuanya hampir selesai. I got two more paper to go next week. Dan untuk hari ini sumpah saya tak mahu buat apa-apa. I can feel my whole body is screaming “I’m tired!! Let me rest!” Kesian kan? Maka untuk menuruti permintaan tangan, kaki, tulang belakang, punggung, kepala hotak, jiwa, jasmani dan rohani, saya putuskan untuk terbaring terbongkang tergolek saja di rumah pada malam ini.

Guys actually I really want to share a lot of things, but too little time kan. Lepas dah selesai segalanya, Insyaallah saya akan kembali berblogging. Wish me luck ya! And to all SBWians, all the best to u guys! XOXO.